Oleh YB Zuraida Kamaruddin
Ahli parlimen BN perlu berganding bahu sebulat suara menyokong undi 
tidak percaya terhadap pentadbiran semasa Perdana Menteri Datuk Seri 
Najib Razak bagi semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Sehingga 
kini tidak ada jawapan yang memuaskan daripada beliau melainkan meminta 
rakyat untuk melupakan wang derma 2.6 billion yang kononnya telah 
dimasukkan dalam akaunnya.
 Tambahan lagi, semua kakitangan yang terlibat
 dalam proses penyiasatan tersebut akan diambil tindakan samada 
diberhentikan kerja atau dipindahkan.
Apakah ini pemimpin yang kita mahukan? Kredibiliti Perdana Menteri 
itu dipersoalkan apabila dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil 
dan skandal kewangan negara yang semakin parah, semuanya berkaitan dan 
melibatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak.
 Bermula dengan skandal 
Scorpene, KWSP, 1MDB, dan yang terbaru wang derma 2.6 Billion. 
Kontroversi demi kontroversi yang menjejaskan imej negara dan 
membantutkan matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju 
menjelang tahun 2020.
Pemimpin BN bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak dan 
cucu-cucu kita dan salah satunya cara adalah bebas rasuah dan hentikan 
pembaziran wang negara.
Ini adalah mesej saya kepada rakan-rakan BN: Berani melangkah 
kehadapan. Nyatakan sokongan undi tidak percaya terhadap Najib. Tidak 
perlu takut pada kuasanya!
Untuk sekian kalinya, lakukanlah perkara yang
 betul untuk generasi akan datang. Percayalah anak-anak kita akan 
berterima kasih pada anda satu hari nanti
 Ketika itu, kamu akan 
berjalan dengan perasaan bangga dan menjadi wira kerana menyelamatkan 
Malaysia. Anda akan menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia yang 
melakukan perubahan.
YB Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Keadilan
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan