Home » , » Pesara tentera menggesa supaya rakyat turun ke demonstrasi Bersih 4

Pesara tentera menggesa supaya rakyat turun ke demonstrasi Bersih 4

Written By Wadah Baru on Rabu, 26 Ogos 2015 | 10:45 PG

OLEH MD IZWAN

Badan bukan kerajaan (NGO) pesara tentera menggesa supaya rakyat turun ke demonstrasi Bersih 4 pada 29 Ogos ini sebagai tanda patriotisme pada ketika negara berdepan dengan pelbagai krisis.

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyifatkan mereka yang hadir ke demonstrasi hujung minggu ini sebagai seorang yang sayangkan masa depan negara.

"Mereka yang hadir pada demonstrasi pada hujung minggu ini adalah mereka yang sayangkan negara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nazari berkata walaupun pada 31 Ogos adalah Hari Kebangsaan, ia tidak menjadi kesalahan kepada orang ramai untuk hadir ke demonstrasi besar-besaran anjuran Bersih 2.0 tersebut. "Kita hormat orang menyambut Hari Kebangsaan tapi rakyat yang hadir pada Bersih 4 nanti juga berhak dan boleh dianggap sebagai seorang yang patriotisme.
"Mereka yang turun pada 29 Ogos ini nanti terdiri daripada mereka yang mengambil berat tentang krisis dan kemelut yang melanda negara ketika ini," katanya.
Menurut Nazari, sudah tiba masanya kerajaan mendengar suara rakyat bawahan dan tidak mementingkan diri sendiri semata-mata.

"Sudah tiba kerajaan mendengar suara rakyat, himpunan ini adalah aman dan bukannya satu rusuhan," katanya.

Nazari juga meluahkan rasa kebimbangan dengan keadaan ekonomi dan mata wang yang lemah dihadapi negara ketika ini akan memberi kesan buruk kepada rakyat.

"Dalam keadaan sekarang, ekonomi makin merudum kemudiaan ditambah pula dengan kenyataan daripada pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin yang mengatakan kita akan bankrap.

"Ini semua mengerikan kita, rakyat dalam terumbang-ambing. Mereka yang sertai demonstrasi nanti adalah lebih patriotisme tinggi kerana mereka ini bukan partisan," katanya.

Perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini bakal berlangsung di ibu negara dan penyertaan di beberapa buah negeri seluruh Malaysia dan seperti di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak serta bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Tuntutan mereka kali ini ialah untuk pilihan raya yang bersih, kerajaan bebas rasuah, hak untuk membantah, memperkukuh demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.

Sementara Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga hari ini mengumumkan himpunan Bersih 4 pada hujung minggu ini adalah haram.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata siasatan mereka juga mendapati Bersih 4 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan. - TMI

Dengan semakin ramai ahli di peringkat akar umbi keluar parti, mungkin PAS perlu gusar tentang kesan penubuhan entiti  yang dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB).
Meskipun kepimpinan ulama di dalam PAS menafikannya dan bersikap tidak acuh dengan pihak yang dianggap sebagai serpihan, mereka seharusnya mengambil perhatian terhadap GHB yang bakal menubuhkan parti politiknya sendiri.
Penganalisa menjelaskan, ia bukan seperti Hamim atau Berjasa, yang dahulu dicetuskan golongan serpihan PAS.
PAS bukan melakukan pembersihan dengan keluarnya golongan yang tidak puas hati ini. Sebenarnya ia lebih dilihat sebagai pendarahan.
Di masa lalu, golongan yang keluar PAS tidak mampu menggugatnya tetapi keadaan GHB hari ini berbeza.
PAS perlu sedar bahawa ia juga dahulu tertubuh daripada Umno yang berlainan ideologi, apabila ahli-ahli Umno yang berpaksikan Islam keluar parti.
Walaupun PAS tidak dianggap ancaman kepada Umno, ia menjadi parti pembangkang yang kukuh terutama selepas ia menjadi platform bagi menunjukkan halatuju yang baru.
Dalam kes PAS, ahlinya percaya Umno memperjuang Bangsa dan Negara, berbanding Agama.
Dan kini bagi kumpulan GHB, mereka percaya Islam perlu menjadi kuasa penggerak umat Islam yang tidak mengekang atau terlalu ketat.
Gerakan baru ini mahu prinsip Islam ditekankan, namun bukan melalui kanun jenayah hudud yang boleh dilakukan kemudian dalam usaha tidak menakut-nakutkan golongan bukan Islam serta umat Islam moden.
Seakan serupa dengan PAS, GHB telah bermula dengan menganjur siri jelajahnya dan juga forum tentang pentadbiran Islam, membentang kertas putih tentang bagaimana Islam dapat diintegrasi di dalam pentadbiran negara.
Satu cadangan diasaskan Piagam Madinah, yang tidak menekankan larangan ekstremis.
Jelas mereka punyai nilai di sebalik usaha dan kini menyaingi PAS di dalam pandangan mengenai ciri-ciri negara Islam.
Seharunya PAS melihat bagaimana kumpulan ini menyusun organisasi di peringkat negeri dan bahagian yang seakan dengannya.
Dan ahli di peringkat akar umbi memberi sokongan kepada mereka.
Pendarahan yang berlaku sewajarnya mendatangkan kebimbangan kepada PAS tentang bertapa seriusnya keadaan di mana ahlinya keluar beramai-ramai.
Namun PAS masih mengekalkan majoriti ahli di peringkat akar umbi yang berdisiplin.
Pun begitu, perlu disedari bahawa kumpulan GHB besar kemungkinan mampu menarik sokongan bukan Islam dan Melayu bandar selepas terjadinya tsunami politik pada PRU12 yang lalu.
Peningkatan ahli, penerimaan dan jangkauannya dibantu juga kerjasama dengan PKR dan DAP.
Dalam pada itu, PAS pula telah kehilangan persona dan kepimpinan tokohnya Nik Aziz Nik Mat, yang bertanggungjawab menjadikan PAS sebagai parti politik arus perdana.
Kumpulan progresif di dalamnya pula bertanggungjawab merapatkan jurang dengan DAP dan PKR sedikit masa dahulu.
Ketika PAS masih dibelenggu kerangka Pakatan Rakyat yang telah musnah, dengan menghadapi tentangan DAP kerana hudud dan impian Negara Islamnya, golongan progresiflah yang memulihkan keadaan.
Namun dengan presiden hari ini yang keras kepala, sukar bagi PAS kembali ke dalam gabungan pembangkang.
Dan GHB dilihat lebih sesuai dengan PKR dan DAP.
Selain kehilangan ahli-ahli bijaksana yang menjadikan PAS diterima ramai, parti itu kini tidak mampu menawarkan apa-apa lagi kepada gabungan pembangkang.
Jadi apa usaha yang perlu dilakukannya bagi menjauhi kesulitan yang bakal terhasil?
Bagaimana ia mahu mengekalkan ahlinya?
Itu tak mungkin berlaku.
Tindakan disiplin ke atas GHB akan menjadikan keadaan bertambah parah dan semakin ramai yang akan keluar parti kelak.
PAS kini dianggap kalah dari segi persepsi dan tiada lagi modal politik bagi mengelakkan kebinasaan.
Mungkin ia akan kembali sebagai parti terpencil seperti dahulu kala.
Namun ironinya, sekiranya spekulasi boleh dipercayai, PAS mungkin bekerjasam bagi kembali ke persada Umno atas nama hudud.
Walaupun demikian PAS tetap akan tewas, kerana pemerhati berpendapat Umno tidak mungkin membenarkan pentadbiran Islam terlaksana.
Hazlan Zakaria merupakan anggota Semut Harian yang gemar membaca dan memerhati dunia tanpa selindungan. Komen dan cadangan dapat disampaikan kepada hazlan@hckmedia.com
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Dengan-adanya-GBH-PAS-bakal-rugi-meskipun-bersama-Umno#sthash.q5NQUoNM.dpuf

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger