Home » , » Kejatuhan Nilai Matawang Ringgit Malaysia Bakal Bankrupkan Negara.

Kejatuhan Nilai Matawang Ringgit Malaysia Bakal Bankrupkan Negara.

Written By Wadah Baru on Selasa, 25 Ogos 2015 | 3:46 PTG

OLEH FAIZ FADZIL

Gerakan Anak Muda Harapan Baru (GAMHB) memandang serius kejatuhan berterusan nilai mata wang negara Ringgit Malaysia yang akhirnya boleh mengakibatkan negara menjadi bankrap. Faktor utama yang mendorong kesusutan nilai matawang negara adalah faktor sentimen kewangan berkaitan skandal 1MDB yang melibatkan integriti Perdana Menteri yang gagal diselesaikan sehingga kini serta faktor fundamental ekonomi akibat hutang negara yang cukup tinggi. 

Kebankrapan negara jika menjadi realiti dan bukannya mimpi di siang hari, maka rakyat lah yang akhirnya menanggung kesan buruknya. Kadar inflasi akan meningkat, kenaikan melampau harga barangan dapur yang kebanyakannya diimport, kilang-kilang ditutup dan industri perdagangan menjadi lumpuh yang pasti menambah jumlah pengangguran dan lelongan hartanah, harga bahan api menjadi lebih mahal yang akan memberikan kesan kepada perkhidmatan awam serta penjawat awam berkemungkinan kehilangan pekerjaan jika kerajaan tidak lagi mampu membayar gaji.

Akibatnya, masalah sosial dan jenayah akan meningkat dan ini akan meruntuhkan nilaimurni dan jatidiri masyarakat Malaysia terutama di kalangan anakmuda. Hutang PTPTN pasti menjadi mimpi ngeri bagi graduan anakmuda sedangkan tiada jaminan untuk ditawarkan pekerjaan.

Kebimbangan risiko ini menjadi lebih parah jika kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dalam penstrukturan membayar hutang negara termasuk kemungkinan bersetuju kepada TPPA yang akhirnya mengakibatkan dagangan milik kuasa luar menguasai ekonomi negara.

Ketika itu, kita bakal mengemis di bumi sendiri. Ketuanan Melayu hanya menjadi ukiran sejarah. Melayu akan dibangsatkan akibat korupsi dan penyelewengan pemimpin umnobn.

Maka, GAMHB menyeru semua pihak mengambil langkah-langkah demokratik yang drastik dan berkesan terutama ahli-ahli parlimen dari semua parti politik bersama-sama berkonsultansi mencari solusi untuk memulihkan ekonomi negara secara telus dan berkesan. Tindakan pembersihan sistem pilihanraya hendaklah diambil segera agar proses demokrasi dapat dijalankan bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang amanah dan adil bagi menerajui tampuk pemerintahan negara.

Satu sidang parlimen khas perlu dipangil dengan segera bagi menyelesaikan kemelut ekonomi negara ini sebelum terlambat. Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri perlu menjadi agenda permulaan bagi merealisasikan agenda perubahan ini.

Harapan rakyat usah dipunahkan kerana kepentingan politik. Rakyat dambakan erti kemerdekaan hakiki untuk bebas daripada kemiskinan, penindasan dan kezaliman.

FAIZ FADZIL
Pengarah Komunikasi
Gerakan Anak Muda
Harapan Baru
25 Ogos 2015

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger