Tulisan ini adalah respon terhadap tindakan pihak UIA menghukum dua
orang mahasiswa, hanya kerana mereka menganjurkan forum tanpa kelulusan
pihak pentadbiran.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUIA) Hanif Mahpa dan pengerusi sekretariat akademik dan intelektual MPPUIA, Afiqah Zulkifli digantung pelajaran selama dua semester.
Tidak mudah bagi seseorang mahasiswa terlibat dengan dunia aktivisme. Biasanya kita hanya mengenal sosok seorang aktivis itu setelah dia popular. Namun jauh sebelum dia terkenal, ada keputusan getir yang terpaksa diambil.
Mereka ini merupakan pelajar yang cemerlang waktu di sekolah. Bertungkus lumus menghadapi peperiksaan SPM atau STPM, lalu berjaya memasuki universiti dan semakin dekat untuk mencapai apa saja yang dicita-citakan mereka.
Mereka masuk Universiti dengan kegembiraan, kesyukuran dan harapan. Mereka merasakan universiti itulah tempat untuk mereka merealisasi masa depan. Kerjaya mereka, kehidupan mereka, semuanya bakal dicorakkan di universiti ini.
Untuk seseorang mahasiswa mendaftar di universiti, ada ibu bapa yang terpaksa menjual tanah. Mereka bukan sahaja menggalas harapan diri sendiri, tapi harapan insan lain yang amat penting.
Maka mahasiswa ini tekad untuk belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan kerja dengan gaji yang besar bagi membalas semua jasa ibu ayah.
Hari demi hari sebagai mahasiswa, setelah melihat realiti dunia, menyedari hakikat yang sedang melanda negara, maka mahasiswa ini merasakan bahawa cita-cita hidupnya bukan untuk dirinya sahaja tetapi lebih besar dari itu.
Mahasiswa tadi dengan penuh sedar, terpaksa memilih jalan yang luar biasa dan penuh risiko. Namun cabaran ini hanya boleh ditelan dan dipendam, kerana dia sedar, matlamat hidupnya lebih besar daripada apa yang dia cita-citakan.
Dia sedar bahawa dia perlu berperanan bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi dia juga bertanggungjawab untuk orang lain.
Mereka tidak pernah lupa akan pengorbanan ibu ayah yang bergolok-bergadai untuk hantar mereka ke universiti. Tetapi mereka terpaksa memilih jalan yang berisiko.
Ibu ayah mungkin tidak gemar dengan jalan yang mereka pilih, malah mungkin akan kecewa. Tetapi dalam hati kecil, mereka percaya, suatu hari nanti ibu bapa akan faham dan akan lebih berbangga dengan anak mereka.
Mahasiswa ini memilih untuk bersuara sekarang dan bangkit melawan hari ini kerana mereka tahu, tindakan berdiam diri bermaksud membiarkan kezaliman.
Untuk seorang yang bermula dengan pelajar cemerlang di sekolah dan menjadi harapan ibu ayah, keputusan untuk menjadi aktivis bukan perkara mudah.
Golongan siswa yang bangkit bersuara akan dihambat dengan AUKU dan digantung pengajian. Tidak cukup dengan itu, ada yang masuk keluar lokap, maka ini bukan perkara yang mudah. Semuanya demi orang lain, demi masyarakat, demi Malaysia.
Mahasiswa ini membuat pertimbangan yang sukar untuk melompat ke dunia aktivisme.
Maka, sangat buta hati pentadbiran universiti yang menghukum mereka. Pihak pentadbiran universiti perlu sedar bahawa tindakan inilah yang mengecewakan para ibu ayah pelajar berkenaan
Kepada pejuang mahasiswa, semoga kalian terus kuat dan konsisten.
Kepada para pentadbir yang menzalimi pejuang mahasiswa, tanggunglah dosa kalian sampai kiamat.
SHUKRI RAZAB setiausaha pengelola AMK dan bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

0 ulasan:
Catat Ulasan