OLEH AHMAD IRFAN HANI
Komisariat Demokrasi (KOMRAD) mengecam keputusan pentadbiran Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung pengajian serta
memberi amaran keras kepada dua penuntut universiti tersebut, Hanif
Mahpa dan Afiqah Zulkifli.
Hukuman gantung dua semester itu atas dakwaan menganjurkan forum yang tidak mendapat kebenaran, Forum GST pada 13 Mei 2015 yang lalu.
Keputusan ini adalah sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Keputusan ini sudah pasti akan memberi kesan terhadap pengajian serta masa depan mereka.
Sebagai sebuah pusat gedung ilmu, pihak pentadbiran universiti seharusnya memberi galakan serta sokongan kepada sebarang aktiviti yang akan memberi nilai tambah kepada penuntut di universiti berkenaan.
Sebaliknya, UIA mengambil tindakan mundur yang telah mencemarkan matlamat serta fungsi sebuah universiti dengan menggantung pengajian pelajar terbabit.
Sebagai sebuah pergerakan yang mendokong semangat demokrasi, pihak KOMRAD berpendapat tindakan pihak universiti merupakan satu cubaan untuk menyekat ruang serta kebebasan mahasiswa dalam menganjurkan aktiviti di dalam kampus.
Mahasiswa cuba diugut dan ditekan dengan hukuman yang keras sekiranya suatu aktiviti itu tidak mendapat restu dari pihak pentadbiran universiti.
Justeru, kami mendesak pihak pentadbiran universiti untuk segera mengkaji serta menarik balik hukuman yang dijatuhkan kepada dua mahasiswa ini serta merta.
Pihak pentadbiran universiti seharusnya sedar ikrar dan sumpah mereka adalah untuk membangunkan generasi penuntut di kampus berkenaan dan bukan untuk membunuh masa depan mereka.
AHMAD IRFAN HANI setiausaha Komisariat Demokrasi (KOMRAD), sebuah adalah kumpulan yang dibentuk oleh alumni Sekolah Demokrasi.

0 ulasan:
Catat Ulasan