Home » , » NUNJI15 langkah awal projek fiqh Malaysia - Dr Mujahid

NUNJI15 langkah awal projek fiqh Malaysia - Dr Mujahid

Written By Wadah Baru on Sabtu, 15 Ogos 2015 | 2:11 PTG

Oleh: Fatin


SHAH ALAM: Satu kompak Fiqh Malaysia bakal dibentuk melalui Nadwah Ulamak Nadhah Jadidah 2015 (NUNJI15) anjuran Gerakan Harapan Baru (GHB) yang berlangsung hari ini.

NUNJI adalah satu perbincangan mengenai langkah awal mendapatkan input daripada tokoh pemikir Islam dan asatizah bagi merangka satu gambaran fiqh tempatan bagi Malaysia.

Pengarah NUNJI15 Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, bagi mendapatkan satu Fiqh Malaysia yang kompak ianya perlu memahmi realiti Malaysia dengan keadaan masyarakt yang majmuk serta ekonominya.

"Malaysia belum ada satu kompak fiqh dan nadwah ini mengharapkan satu resolusi daripada pakar-pakar asatizah yang dapat memberi sumbangan kepada Malaysia.

"Negara ini memerlukan satu ketetapan tentang suasana setempat dalam menentukan tindakan yang tidak bercanggah dengan prinisp syariah dan suasana kemajmukan yang agak tinggi di Malaysia adalah unik dalam menentapkan panduan syariat dalam pemerintahan.

"Nadwah ini juga mensasarkan rumusan yang boleh menjadi panduan tindakan-tindakan politik bersesuaian dengan memfokuskan mengenai Siyasah Syarieyyah," ujarnya pada sidang media hari ini.

Beliau turut berharap nadwah ini disokong semua pihak sebagai nilai tambah atau penambahbaikkan kepada fiqh sedia ada.

NUNJI membariskan pakar-pakar ilmuan pembentang kertas kerja Islam dan kenegaraan antaranya Presiden WADAH Dato' Dr Siddiq Fadzil, Mufti Pulau Pinang Sahibus Samahah Dato' Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.
Forum Islam dan kenegaraan turut diadakan bagi mengupas topik mengasaskan politik Rahmatan Lil'Alamin Untuk Malasyia mengenai peranan ulamak, umarak dan ummah dengan menampilkan Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia Ustaz Hasanudin Mohd Yunus, Ketua Wanita Gerakan Harapan Baru YB Dr Siti Mariah Mahmud dan Ustaz Azrul Hakim Suradi bertindak sebagai moderator.

Berdasarkan sambutan hangat yang diterima pada Nadwah pertama kali dianjurkan ini, Dr Mujahid memberitahu pemberita Nadwah ini juga akan dijadikan acara tahunan diteruskan dari semasa ke semasa.

NUNJI menerima sambutan memberangsangkan dengan penyertaan 450 orang daripada perwakilan GHB negeri-negeri, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Persatuan Ummah Sejahtera (PASMA) serta turut mengundang tokoh luar negara dari parti Nahdah Tunisia, Said Muhammad Ferjani.

Sementara itu, lebih 500 orang hadir pada program yang berlangsung sehingga jam 5.00 petang ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger