Home » , » Perletakan Jawatan Sebagai Ajk PAS Kawasan Shah Alam & AJK Dewan - Dewan PAS Kawasan Shah Alam

Perletakan Jawatan Sebagai Ajk PAS Kawasan Shah Alam & AJK Dewan - Dewan PAS Kawasan Shah Alam

Written By Wadah Baru on Khamis, 20 Ogos 2015 | 8:50 PG

Kami selaku Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa Selasa 19 Ogos 2015, bersama-sama dengan 18 orang lagi AJK PAS Kawasan Shah Alam sessi 2015-2017.

Selain itu, Ketua Muslimat, Timbalan Ketua Muslimat dan Naib Ketua Muslimat turut meletakkan jawatan bersama-sama 11 orang AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam.

Keseluruhan AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP Kawasan Shah Alam juga meletakkan jawatan mereka.

Terdahulu, Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda telah meletakkan jawatan mereka bersama-sama dengan 10 orang AJK Dewan Pemuda PAS Shah Alam.

Perletakan jawatan-jawatan ini telah dimaklumkan secara rasmi di dalam Mesyuarat PAS Kawasan Shah Alam Kali Ke-5 sessi 2015-2017 yang berlangsung pada Selasa, 19 Ogos 2015, di mana penyerahan tugas telah dilakukan kepada Setiausaha PAS Kawasan Shah Alam dalam suasana penuh persefahaman dan kasih-sayang.

Perletakan jawatan ini bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam, tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih kami yakini.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK PAS Kawasan dan Dewan-dewan, Ketua dan Setiausaha PAS Cawangan serta seluruh ahli-ahli PAS Kawasan Shah Alam yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kami diamanahkan memimpin PAS Kawasan Shah Alam.

Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada PAS Kawasan Shah Alam di bawah kepimpinan yang baru nanti.

Mudah-mudahan semua akan terus istiqamah dengan perjuangan Islam.


Azli Bin Yusof
Yang Dipertua

Zulkifli Mohd Nani
Timbalan Yang Dipertua

Mohamad Jamil Abd Rahim
Naib Yang Dipertua

19 Ogos 2015 / 4 Zulkaedah 1436H

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger