Oleh Mohd Azhar
Kewujudan
Harapan Baru dalam arena politik tanah air sejak akhir-akhir ini
semakin memperlihatkan keseriusan dan kematangan rakyat untuk memilih
pendekatan terbaik dalam mengadunkan Islam dan kenegaraan dalam konteks
Malaysia.
Perkara ini bukan sahaja menarik minat masyarakat Islam malah mereka
yang bukan beragama Islam yang percaya politik Islam tidak dapat
dipisahkan dengan suasana di Malaysia.
Rakyat kini mula menaruh harapan agar apa yang dilaungkan sebagai
harapan baru, benar-benar dapat menjadi wadah untuk bergantung harap
terutamanya bagi membentuk sebuah kerajaan yang bebas dari masalah
korupsi salah guna kuasa yang dipamerkan Barisan Nasional pada hari ini.
Melalui pemerhatian dan penilaian penulis dengan kenyataan daripada
pimpinan GHB dan program-program yang dianjurkan mereka, penulis
mendapati mereka masih menggunakan pentas ceramah sebagai medium
penerangan dan promosi GHB di kalangan rakyat. Tidak dinafikan kaedah
itu memberi kesan tetapi pendekatan yang lebih seirus perlu digerakkan
ke serata daerah bagi mendapatkan maklum balas secara jelas dan bukan
hanya bagi mendapatkan keahlian baru.
Pada ketika ini wujud persepsi GHB hanya memberi focus dan mensasarkan
ahli PAS bagi menambah keahlian mereka dan ia kelihatan benar apabila
kebanyakan hadirin serta yang menyampaikan ucapan dalam siri ceramah
mereka kebanyakannya adalah bekas ahli PAS sebelum ini sama ada di
peringkat pusat mahupun di peringkat kawasan.
GHB perlu bekerja keras, mengorak langkah untuk menarik ahli-ahli
daripada parti-parti politik pemerintah atau pimpinan mereka yang berada
di dalam Umno, MCA atau MIC bagi memperkukuh kekuatan sebagai solusi
dalam suasana tidak menentu dalam negara pada hari ini.
Melihat kepada suasana semasa, ramai ahli-ahli dalam parti-parti
politik BN kecewa dan cuba mencari haluan lain bagi meluahkan pandangan
mereka tetapi tidak ada yang sudi menjadi pendengar dan menyediakan
medium kepada mereka untuk bekerjasama membuat perubahan. Justeru
pasukan GHB harus melihat prospek ini sebagai tumpuan yang boleh memberi
nilai tambah kepada kekuatan GHB.
Pelan pilihan raya
Sehingga kini, GHB kelihatan masih samar-samar dalam mengenengahkan
perancangan mereka dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Mungkin perancangan rapi sedang disusun namun rakyat Malaysia
keseluruhannya ternanti-nanti bagaimana agaknya GHB mendepani PRU ke 14
dengan kedudukannya sebagai sekutu Pakatan Rakyat 2.0. PAS yang
dahulunya bertanding dalam kesepakatan PR kelihatan tidak akan berganjak
dengan kerusi-kerusi yang pernah ditandinginya.
Sekiranya GHB mengambil langkah berani dengan meletakkan calon di
setiap kerusi yang ditandingi PAS misalnya, pastinya gerak kerja ke arah
itu akan dipersiapkan di peringkat bawah dengan lebih awal. Di atas
kertas kemungkinan kelebihan akan berpihak kepada calon BN akibat
pertembungan 3 penjuru namun sekiranya strategi dan kempen dijalankan
dengan berkesan dilakukan lebih awal tidak mustahil GHB berupaya
mengalahkan calon lawan meskipun dengan majoriti kecil.
Namun sekiranya GHB masih berteka-teki dan tidak benar-benar memberi
keyakinan kepada ahli dan rakyat dalam isu ini, sudah pastinya
persediaan itu tidak dapat dibuat dengan baik. Para pengundi juga akan
lambat membuat keputusan meskipun dalam benak sanubari mereka sudah
begitu meluat dengan BN. Kelihatannya saranan ini seolah-olah gopoh
tetapi hakikatnya inilah pertanyaan yang bermain di minda ramai pengundi
Harapan baru perlu kerja keras segera catur pelan pilihan raya
Written By Wadah Baru on Khamis, 20 Ogos 2015 | 8:55 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan