Nasib anggota dan pemimpin Pas yang dipercayai terlibat dengan gerakan Harapan Baru akan ditentukan dalam mesyuarat parti itu 11 September ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua Badan
Perhubungan Pas negeri diminta mengemukakan laporan berhubung perkara
itu pada mesyuarat itu nanti.
"Pas Pusat akan buat semakan sama ada kes ada bukti kukuh atau tiada
bukti untuk diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas
mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota
Darul Naim di sini, hari ini.
Mohd Amar berkata, empat tindakan yang boleh diambil terhadap mereka
yang mengkhianati parti adalah mengemukakan surat tunjuk sebab, diberi
amaran, digantung keanggotaan dan dipecat sebagai anggota parti. -
Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan