Gerakan Anak Muda (GAM), Harapan Baru Kedah merakamkan ucapan Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menjayakan himpunan Bersih4.0 pada 29 dan 30 Ogos yang lalu. Sesungguhnya penyertaan rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan latar belakang agama mengambarkan keazaman rakyat untuk memperbaiki negara ini secara bersama dan demi cinta kepada ibu pertiwi ini.
2. GAM Kedah menganggap himpunan Bersih 4.0 adalah amanah yang harus digenggam dengan erat oleh anak muda untuk memperjuangkan reformasi sistem pilihanraya dan mengambalikan hak rakyat yang telah dirompak sekian lama, GAM Kedah berazam untuk menyebarluaskan hasrat rakyat Malaysia ini sehingga dapat difahami dan dihadam oleh majoriti rakyat dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kemenangan rakyat melalui wadah Pakatan Rakyat dalam PRU yang datang.
3. GAM Kedah menyeru seluruh pimpinan parti politik untuk menjadikan tuntutan Bersih sebagai agenda utama dalam mendidik rakyat supaya celik politik dan memahami hak mereka yang selama ini dicabul oleh UMNO BN.
4. GAM juga menyeru anak muda seluruhnya untuk turut bangkit memperjuangkan tuntutan Bersih 4.0 kerana kita adalah pewaris negara ini, sekiranya kita tidak menyelamatkan negara ini nescaya petaka yang lebih besar akan kita warisi kepada anak cucu kita.
TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA, teruskan perjuangan.
RIDZWAN BIN ABU BAKAR
Ketua
Gerakan Anak Muda
Harapan Baru Negeri Kedah.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan