Home » , » Tengku Sri Paduka Raja Isytihar Keluar PAS

Tengku Sri Paduka Raja Isytihar Keluar PAS

Written By Wadah Baru on Isnin, 3 Ogos 2015 | 3:30 PTG

Yang Amat Mulia Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibnu Almarhum Sultan Ismail Nasharuddin Shah telah membuat pengumuman menarik diri daripada menjadi ahli Parti islam SeMalaysia (PAS) bermula dari 29 Julai 2015.

Di dalam satu KENYATAAN AKHBAR yang dikeluarkan yang ditandatangani oleh Tengku Ibrahim sendiri, beliau melahirkan rasa dukacita di atas pergolakan politik yang berlaku dalam PAS.

Menurutnya, beliau merasakan hala tuju perjuangan parti tidak lagi kondusif untuknya terus berada dalam parti PAS walaupun sebagai ahli biasa.

Mengikut hematnya perjuangan dan hala tuju PAS masakini sudah jauh terpesong dari tujuan asal bila mana PAS dan parti-parti bersekutu di dalam Pakatan Rakyat telah melangkah ke hadapan untuk menyaingi UMNO/BN bagi menempuh Pilihan Raya ke 14 yang akan datang ini.

"Saya tidak nampak bagaimana PAS jika bersendirian dapat memperjuangkan hasrat murni untuk mengambil alih Putrajaya dari UMNO/BN," tambahnya.

Beliau berkata, umum tahu BN pada hari ini adalah parti yang lemah termasuk dengan pergolakan politik UMNO masa kini yang bergelombang dengan permasalahan dalaman parti seperti yang berlaku pada hari ini. Begitu juga parti gerakan MIC dan MCA tidak sekuat dan gah seperti dahulu. lnilah sepatutnya peluang yang keemasan bagi Pakatan Rakyat untuk memperkemaskan "Rumah Tangga" masing-masing bagi tujuan mengambil-alih kerajaan dari BN.

Beliau meminta supaya dihentikan pergaduhan dan pertelingkahan sesama sendiri.

Menuurutnya lagi, strategi yang dimainkan PAS tempohari tidak mencerminkan kematangan ke arah memperkuatkan parti beserta kerjasama dengan kawan-kawan lain di dalam Pakatan Rakyat.

Rakyat dapat melihat bagaimana ahli-ahli Profesional PAS dalam Pakatan Rakyat berhujah begitu lantang di dalam Parlimen bagi memperkatakan satu-satu isu yang dibangkitkan di Parlimen. Mereka yang berpengalaman dan memperolehi kelantangan berhujah mengkagumkan rakyat jelata sekalian. Malangnya mereka telah disingkir di dalam Muktamar PAS yang baru Ialu. lni amat mendukacitakan ramai pihak.

Beliau juga merasa pucuk pimpinan parti PAS tidak mempunyai hala tuju yang jitu dan keazaman untuk memperkuatkan parti selepas muktamar tersebut. Katanya, dengan tersingkir nya ahli-ahli professional PAS ini telah melemahkan parti ditambah pula dengan kucar kacir di antara para ulamak dan para professional yang disingkir ini.

"Sayang seribu kali sayang peluang yang terbentang dihadapan kita tidak dapat kita gunakan untuk memperkuatkan gabungan kita dalam Pakatan Rakyat," katanya melalui kenyataan media tersebut.

"Pargolakan dalam politik parti-parti lawan tidak kita ambil kira untuk kita memperkuatkan kerjasama kita di dalam parti Pakatan Rakyat," "Sebagai seorang islam benar saya sokong perjuangan ulamak dalam PAS tapi dari segi politiknya kita mesti cari jalan bagi kita bekerjasama dan berdamping sesama kita unutk memperkuatkan jentera Pakatan Rakyat bagi menempuh Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.," katanya.

Beliau yakin dan percaya bahawa perjuangan PAS tidak akan kemana-mana jika mahu berjuang bersendirian.

"Jika ini tujuan dan matlamat baru oleh PAS, maka perjuangan PAS akan terus ke belakang seperti perjuangan lama yang lampau," tambahnya lagi.

Mengakhiri kenyataan medianya, beliau menyatakan,

"Melalui kenyataan ini juga saya ingin berundur (letak jawatan) dari menjadi ahli PAS mulai dari tarikh surat ini dan saya berdoa kehadrat Allah swt supaya diberi hidayah petunjuk kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS ke arah kegemilangan Islam serta politik tanah air untuk masa depan Islam dan rakyat Malaysia keseluruhan nya."

Untuk rekod, Tengku Ibrahim merupakan anak ketiga Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al Marhim Sultan Zainal Ab

idin dan pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan menang dalam Pilihanraya Umum kelapan pada 1990 serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol selama sepenggal.

Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli PAS pada 6 Oktober 2012.

Penyerahan borang penyertaan PAS beliau dulu berlansung di dalam satu upacara gilang gemilang di Jabi dan diterima oleh TG Nik Abdul Aziz serta disaksikan oleh Haji Hadi Awang dan Mustafa Ali.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger