Hari pertama kita menyaksikan puluhan malah mungkin ratusan ribu rakyat Malaysia telah turun ke jalan-jalan raya sekitar Dataran Merdeka bagi menyertai Himpunkan Aman BERSIH 4. BERSIH 4 dianjurkan bagi menuntut politik dan pilihanraya yang bersih dan pemulihan ekonomi negara yang sedang terumbang ambing menuju kehancuran.
BERSIH 4 juga dianjurkan di kala negara sedang dipimpin oleh seorang PM yang dah disahkan menerima "derma" RM2.6 billion daripada punca dan untuk tujuan yang mencurigakan. Segala usaha untuk menyiasat ibu segala skandal setakat ini telah cuba disekat dengan pelbagai cara oleh Najib dan kuncu-kuncunya membuktikan sekali lagi bahawa UMNO dan BN tidak serius untuk menanggani isu rasuah dan penyelewengan kuasa.
Samada kita suka atau tidak segala kemelut yg berlaku dalam negara akan memberi kesan buruk kepada seluruh rakyat tidak kira Melayu atau Cina atau India atau sesiapa saja. Kesan GST dan kejatuhan ringgit ke atas kos sara hidup akan membawa kesengsaraan kepada semua tidak kira agama atau bangsa. Jadi adalah menjadi tanggungjawab semua untuk sama-sama memberi sokongan penuh kepada segala usaha untuk memulihkan negara ini daripada terus hancur di tangan UMNO dan BN tak kira siapa pun yang menganjurkanya selagi ia mematuhi undang-undang negara.
Walaupun ada pihak-pihak yang tidak senang dengan Himpunan Aman BERSIH 4 dengan membuat pelbagai andaian dan spekulasi berbau perkauman kita perlu terima hakikat himpunan raksasa semalam diketuai oleh sebahagian besar peserta daripada kaum Cina terutama anak muda Cina. Ini sebenarnya satu petanda baik menunjukkan betapa meningkat tinggi kesedaran politik anak muda Cina. Namun peserta kaum Melayu dan kaum India juga tidak kurang juga ramainya terutama di sebelah malam.
BERSIH 4 adalah perhimpunan rakyat untuk menyelamatkan negara daripada kehancuran kepimpinan UMNO dan BN. Jelas ia bukan perhimpunan milik mana-mana kaum. Mari kita semua sebagai rakyat yang prihatin, Melayu, Cina, India dan sesiapa saja untuk turun beramai-ramai pada hari ini hari kedua BERSIH 4 untuk menunjukkan bahawa perhimpunan ini bukan perhimpunan perkauman tapi milik semua rakyat yang inginkan perubahan dalam negara ini. Malaysia negara kita semua! AYUH KITA SEMUA PENUHKAN KAWASAN SEKITAR DATARAN MERDEKA!
Amanah . Progresif . Peduli
Ir. Izham Hashim
Penyelaras Harapan Baru Selangor
30 Ogos 2015
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan