Home » , » AMAN Siap Berjuang Dan Realisasi Impian Perubahan

AMAN Siap Berjuang Dan Realisasi Impian Perubahan

Written By Wadah Baru on Selasa, 1 September 2015 | 11:28 PG

OLEH SANY HAMZAN 

Sayap muda Parti Amanah Negara (AMANAH), Anak Muda Amanah atau ringkasnya disebut 'AMAN' telah bersedia untuk menggalas hasrat besar seluruh anak muda negara untuk berjuang dan keluar daripada kemelut ekonomi, politik dan sosial yang semakin membarah.

Melihat kepada sokongan dan dokongan yang diberikan rakyat dalam Bersih 4 yang lalu, AMAN berpendirian bahawa perubahan perlu didesak secepat mungkin kerana rakyat tidak mampu lagi untuk terus menunggu lebih lama.

Setiap detik yang dibazirkan hanya memendekkan lagi hayat negara yang kita cintai. Pemimpin yang telah terbukti gagal, samada dari sudut kepimpinan mahupun integritinya tidak wajar lagi memimpin negara. Frasa 'turun Najib' seakan-akan sudah berdenyut lama di laman-laman sosial dan kedai-kedai kopi.

Maka dengan penuh takzim dan rendah diri, AMAN menyatakan komitmen untuk merealisasikan impian perubahan yang didambakan seluruh rakyat.

Ya, risiko mungkin wujud dan kami siap 'membayar' betapa mahal pun harga perubahan ini. Negara sudah tidak boleh tunggu dan rakyat telah jelek untuk terus 'memikul bangkai biawak' bernama pemimpin!

'Selamatkan Malaysia'

SANY HAMZAN
Ketua
Anak Muda Amanah (AMAN)
Parti Amanah Negara





0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger