Home » » PAS hanya boleh salahkan diri sendiri sekiranya tumpas di Kelantan

PAS hanya boleh salahkan diri sendiri sekiranya tumpas di Kelantan

Written By Wadah Baru on Jumaat, 11 September 2015 | 7:59 PG

Oleh Alyaa Alhadjri

Sekiranya kerajaan negeri PAS di Kelantan tersungkur dalam pilihanraya umum akan datang, ia
merupakan kegagalan parti itu sendiri untuk menerima realiti politik  akar umbi.

Walaupun mudah untuk pemimpin PAS menyalahkan parti yang baru dibentuk Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mensabotaj atau menyedut kekuatannya, pemerhati percaya yang penambahan sokongan yang berlaku adalah disebabkan oleh keangkuhan mereka untuk menerima kritikan.
Malah ketika parti serpihan PAS berkata yang mereka akan cuba untuk bekerja dengan parti Islam itu sebaik mungkin, bagi mengelakan pertarungan tiga penjuru antara dua parti Islam dan BN.
Pada 8 September, laman berita The Malaysian Insider  melaporkan yang pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sebagai berkata yang parti baru itu akan cuba sebaik mungkin untuk berunding dengan PAS, dan memastikan kelangsungan legasi parti Islam di negeri itu.
Rundingan itu, katanya, berdasarkan cubaan untuk menghalang pertarungan tiga penjuru melibatkan calon pilihanraya  Barisan Nasional, PAS dan Amanah untuk kerusi-kerusi negeri di Kelantan sewaktu PRU 14.
“Dalam pertemuan bertentangan antara PAS dan BN untuk mana-mana kerusi di Kelantan dalam PRU 14, saya sendiri akan memastikan yang Amanah akan membantu dan menyokong calon PAS,” Wan Abdul Rahim dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, Wan Abdul Rahim, berkata yang Amanah akan dipaksa membuat keputusan mereka sendiri sekiranya PAS berterusan menolak cubaan melakukan rundingan untuk kerjasama masa hadapan.
Menurut The Malaysia Insider, terdapat lima daripada sembilan MP PAS dan antara lapan dan 16 wakil rakyat PAS negeri di Kelantan yang dipercayai memberikan sokongan kepada Amanah.
Kerajaan negeri semasa yang dipimpin PAS terdiri daripada 32 orang wakil rakyat PAS dan seorang dari PKR. Selebihnya seramai 12 orang dari BN.
Sementara itu, dalam konteks sokongan akar umbi, Wan Abdul Rahim menyifatkan terdapat hanya 8,000 ahli PAS daripada 80,000 pengundi berdaftar di Kelantan.
Kebanyakan pengundi menyokong parti Islam itu, termasuklah pengundi bukan Islam yang tertarik kepadanya selepas tsunami politik 2008.
Selepas lebih 20 tahun berkuasa, pemerhati menyifatkan PAS boleh melakukan lebih baik untuk membina sokongan akar umbi di negeri kubu kuatnya, terutama sekali dalam kalangan generasi muda yang lebih kritikal dalam soal pengurusan parti dalam menagani isu yang memberi kesan kepada rakyat.
Bertentangan dengan tanggapan yang Amanah bermatlamat melumpuhkan PAS di Kelantan, bekas ketua bahagian PAS Kota Baru itu berkata yang parti itu akan menumpukan usaha kepada lebih 70,000 pengundi yang tidak menjadi ahli mana-mana parti politik.
Walaupun dituduh menjadi kumpulan mereka yang tertewas, Wan Abdul Rahim berkata yang pemimpin Amanah akan berusaha keras untuk membuktikan niat mereka membentuk Malaysia yang lebih baik, berdasarkan prinsip yang Islam adalah agama yang memberi rahmat kepada semua manusia.
Sumber dalaman Amanah dari negeri lain juga memberitahu  yang walaupun mereka akan bertanding di kawasan pilihanraya yang mereka yakin punya kekuatan, mereka juga akan membenarkan PAS untuk bertanding di kawasan parti Islam itu menerima sokongan kuat, bagi mengelakan pertembungan satu sama lain.
Diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Amanah dibentuk oleh pemimpin parti yang tersingkir daripada jawatan mereka sewaktu pemilihan dalaman parti yang lepas.
Menjelang pelancaran rasmi Amanah pada 16 September akan datang, presiden PAS Abdul Hadi Awang telah menafikan kemungkinan penghijrahan besar-besaran ahli ke dalam parti progresif islam baru itu.
Pada 7 Ogos, Abdul Hadi sekali lagi mendakwa pemimpin yang meninggalkan PAS sebagai “tidak layak” menjadi sebahagian daripada pergelutan parti itu.
Dia juga mengisytiharkan yang PAS kini akan mempertimbangkan meletakan calon di kawasan yang secara tradisinya ditandingi oleh DAP- langkah yang dilihat pemerhati boleh menimbulkan kesan buruk dan merapuhkan gabungan pakatan pembangkang yang baru.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob telah berkata yang PAS tidak akan bekerjasama dengan pemimpin Gerakan Harapan Baru, yang kini telah membentuk kepimpinan baru Amanah di negeri itu.
Jelas sekali sikap angkuh dan bongkak PAS kepada Amanah, seperti mana sikap sama sehingga menghancurkan Pakatan Rakyat sebelum ini, menyebabkan kemungkinan wujudnya kerjasama mungkin tidak akan berlaku.
Sekiranya ia terus memegang prinsip ini, ia mungkin menemui dirinya tidak menjadi sebahagian daripada mana-mana gabungan pembangkang dan menjadi parti kedaerahan yang bukan hanya kehilangan pengaruh di peringkat kebangsaan, tetapi juga mungkin akan tersungkur di negeri sendiri Kelantan.- theantdaily.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger