Home » , » Teks Syed Qutb, Maududi tak sesuai lagi ?

Teks Syed Qutb, Maududi tak sesuai lagi ?

Written By Wadah Baru on Isnin, 14 September 2015 | 2:53 PTG

Oleh Mat Kuantum

Krisis yang berlaku dalam masharakat Muslim di Malaysia hari ini bermula dari kekeliruan terancang selama puluhan tahun.

Bukan mudah untuk kita meleraikan kekeliruan ini apatah lagi ia sudah mendakap selama puluhan tahun dan bersistematik.

Memetik kata Imam Muda Asyraf, "masuklah Islam dari pintu aqidah, bukan dari pintu semangat semata-mata.

Kelemahan para penuntut ilmu yang asyik dan leka menghukum orang lain dek kerana bahan bacaan yang tersalah urutannya.

Kita lebih dahulukan mengkhatam buku berbentuk akfar (fikrah Islamiyah) daripada buku berbentuk ahkam (syarak Islamiyah). 

Membuatkan kita sukar meneliti antara Daulah Islam dan Darul Islam." Inilah punca krisis pemikiran Islam zaman berzaman. 

Ketika Dr. Maszlee Malik mencadangkan buku Prof. Tariq Ramadan seperti Radical Reform: Islamic Ethics and Liberation dan The Quest for Meaning: Devoloping Philosophy of Pluralism untuk menggantikan teks klasik yang tidak relevan seperti Ma'lim Fit Tariq (Sayyid Qutb) dan al Muntalaq (Ahmad ar Rashid) dalam usrah, berapa ramai yang serius memikirnya?

 Kompisisi masharakat Muslim di Malaysia yang hampir 55% memerlukan teks kontemporari yang segar berbicara tentang masharakat pluralistik, bukan teks keras Sayyid Qutb dan al Maududi. 

Kerana itu PAS bermasalah dan mengalami kecelaruan fikrah apabila menggunakan teks klasik ini berkurun lamanya. 

Anjakan paradigma dan reformasi masharakat bermula dengan ilmu yang haq dan hikmah. 

Bahkan buku Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri tulisan Pendeta Zaa'ba lebih sesuai dijadikan teks usrah daripada Sayyid Qutb dan al Maududi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger