Oleh Aris Awang
4 Jun 2015 - 13 September 2015 cukup 100 hari
Biasanya 100 hari adalah hitungan yang digunakan untuk mengukur
kemampuan awal sesebuah parti politik memerintah sesebuah negara selepas
selesai dan menang sesuatu pilihanraya.
Adalah amat malang jika
masih ada mereka yang kononnya ingin menjadi pemimpin politik dan
memerintah negeri/negara walaupun sudah 100 hari berlalu tetapi masih
seperti tunggul ditengah air.
Mana mungkin jika ia diberi mandat
memerintah negara akan berani dan mampu membuat keputusan-keputusan
besar jika keputusan untuk diri sendiri pun masih tergagau-gagau
sehingga air yang sudah keruh menjadi berselut.
Esok 100 hari.
Buatlah keputusan anda A atau P.
Usah lagi berputar-putar tanpa haluan.
Selamat membuat keputusan.
16 September 2015 (103 hari) pesawat terbang akan berlepas dengan rasminya setelah menunggu 3 hari lagi sebelum berlepas.
Apapun pesawat berikutnya akan menyusul. Namun alangkah indahnya jika kita dapat bersama dipesawat pertama ini kawan ku.
Ahli dan Pendokong Parti Amanah Negara (AMANAH) dijemput dengan segala hormatnya ke Pelancaran Rasmi tersebut.
Aris Awang
Ahli Parti Amanah Negara (AMANAH)
Tambak Bunga, Alor Setar.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan