Home » » Walaupun berbeza parti politik...

Walaupun berbeza parti politik...

Written By Wadah Baru on Khamis, 10 September 2015 | 11:18 PG

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Aku ada ramai kawan orang Umno totok. Kami pernah bertengkar pasal anutan politik. Habis bertengkar, kami bersalaman dan beredar.

Kami pernah berjumpa di lokasi pilihanraya kecil. Kami bersalam, bertanya khabar dan bertukar-tukar nombor telefon. 

Walaupun berbeza parti politik, kami tak pernah putuskan hubungan persahabatan. Perli-memerli, bertengkar sudah jadi asam garam pertemuan kami.

Tetapi, semenjak aku bersama Amanah, rakan-rakan parti Islam lama aku, menganggap aku seperti entah apa-apa.

Ada yang mengelak untuk bertentang mata, ada yang tidak hadir lagi kuliah aku, ada yang kenduri tidak jemput. Bahkan, ada yang nampak saja kelibat aku, mengelak untuk bertemu.

Ada yang panggil aku pengkhianat, munafik, sesat, anti ulama dan banyak lagi. Aku jadi pelik dengan situasi ini padahal sebelum ini mereka adalah kawan-kawan rapat aku.

Kini aku semakin faham bahaya fikrah takfir. Kesan buruknya sangat banyak. Jika fikrah ini dibawa oleh orang alim, semua orang yang tidak sebulu dengannya dinerakakan. Jika dibawa oleh orang jahil pula, banyak darah Muslim yang jadi halal.

Sebab itu, kebelakangan ini, aku fokuskan dalam kuliah aku untuk banteras fikrah takfir ini.
Allahul musta'an.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger