Oleh Dr. Rozaimi Ramle
Saya pernah memberi tazkirah di Parlimen dan di hadapan menteri dan pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya. Saya menggunakan bahasa yang agak tegas terhadap amanah dan tanggungjawab pemimpin.
Respon seorang menteri selepas mendengar tazkirah saya:
"Sangat pedih, tetapi kena ikut".
Tiada labelan macai pembangkang, agen PAS atau kuda DAP dilontarkan.
Tetapi apabila saya menegur sedikit sebahagian ustaz-ustaz PAS atas satu isu akademik. Maka saya terima labelan:
Agen umno, ilmuwan cari makan, ilmuwan jaga periuk nasi, agen Ulama Muda Umno, ilmuwan tidak adil. Yang paling memeranjatkan ialah saya dituduh agen IKRAM sedangkan demi Allah saya bukan ahli IKRAM apatah lagi masuk usrah mereka.
Saya menung seketika. Jika inilah sikap orang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam maka saya rasa teramat dukacita.
Saya bimbang jika anda memerintah negara maka tiada ruang untuk ahli akademik seperti saya menasihat anda. Saya bimbang bila anda berkuasa saya akan dihalang dari mengutarakan pendapat ATAS NAMA AGAMA.
Saya terbuka untuk kita berbeza secara ilmiah. Tapi bukan dengan sangkaan buruk dan persepsi negatif begini. Maka saya menjemput mana-mana pimpinan PAS terutama Ust Zaharudin Muhammad atau Ust Ahmad Hakimi dari Kuala Selangor untuk kita berwacana membincangkan isu makna Jamaah Muslimin yang menjadi polemik antara saya dan anda.
Akhukum fillah
Dr. Rozaimi Ramle
Adakah Saya Agen Mana-Mana Parti Politik?
Written By Wadah Baru on Jumaat, 11 September 2015 | 7:44 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Kemungkinan Zahiruddin sedang melabel ayam-ayamnya, bukannya Dr. Rozaimi.
BalasPadam