Home » , » Anak saudara Presiden Pas sertai Parti Pekerja

Anak saudara Presiden Pas sertai Parti Pekerja

Written By Wadah Baru on Khamis, 10 September 2015 | 11:01 PG



KUALA TERENGGANU- Anak saudara kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyertai Parti Pekerja Malaysia.

 Perkara itu disahkan pengerusi parti tersebut Dato Raja Kamarul Bahrin Shah yang memberitahu, Miqdad Zakaria dilantik menjadi wakil kawasan Marang ketika mengumumkan senarai Ahli jawatankuasa parti peringkat negeri termasuk wakil kawasan.

"Miqdad merupakan ustaz dari Rusila. Kita juga punyai beberapa ustaz yang jadi wakil
peringkat kawasan antaranya bekas Adun seperti Ustaz Aziz Abbas mengetuai Besut, Ustaz Rozali Mohamad yang juga bekas Adun Permaisuri mewakili Setiu dan Ustaz Mohamad Lokman Awang mewakili kawasan Kuala Terengganu",katanya.


 Parti itu turut disertai anak tokoh pemimpin besar Pas seperti Faiz Fadzil iaitu anak bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Sementara itu, Raja Bahrin berkata, pihaknya menyerahkan lebih 100 borang keahlian kepada Pengerusi Parti Pekerja Malaysia, Mohamad Sabu yang hadir ke majlis pelancaran Parti Pekerja Malaysia Terengganu di Dungun, Jumaat lalu.

Jelas, ia menunjukkan parti tersebut mendapat pehatian pengundi di negeri ini walaupun masih baru.
"Kalau dalam bulan pertama kita berjaya dapat dalam empat hingga 5,000, itu kira
alhamdulillah," katanya.

Pihaknya juga menafikan usaha merampas ahli Pas atau menumpukan mendapatkan
ahli dalam kalangan parti itu sahaja sebaliknya menekan partinya lebih inklusif dan terbuka menerima keahlian sama ada Islam atau bukan Islam.

"Kita tidak memusuhi Pas tapi kita musuhi kerajaan dan mahu menjatuhkan kerajaan
hari ini. Kerajaan hari ini adalah BN" katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger