Home » » Amanah sedia ruang selesa untuk aktivis siswa

Amanah sedia ruang selesa untuk aktivis siswa

Written By Wadah Baru on Jumaat, 23 Oktober 2015 | 4:50 PTG

Oleh Khairol Najib Hashim

Alhamdulillah, secara rasminya saya telah menyertai Parti Amanah Negara sebagai wadah politik saya dalam negara ini bermula semalam seperti yang telah  diumumkan oleh Tn. Haji Salahudin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH dalam Majlis Kemasukan Tokoh  Anak Muda Sertai AMANAH di Wisma Amanah,Jalan Ipoh Kuala Lumpur.

Saya memilih AMANAH adalah untuk meneruskan perjuangan yang dibawa Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW untuk "Menegakkan Agama, dan tadbir dunia dengan agamanya.
"إقامة الدين، وسياسة الدنيا به."

Saya mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih kepada Parti Amanah Negara khususnya Pemuda Amanah Nasional yang menyediakan platform dan mmberi ruang kepada saya yang masih lagi bergelar mahasiswa dan anak muda yang lain  untuk berpencak dalam gelanggang politik bagi menyelamatkan Malaysia di kala keadaan negara yang semakin tenat akibat kerakusan pemimpin kerajaan UMNO/BN.

Saya percaya parti ini mampu membawa perubahan kepada lanskap politik negara dengan mengetengahkan muka baru, polisi serta dasar baru dalam membina sebuah negara dan  masyarakat madani.

Suara dan pandangan golongan muda menjadi nadi kepada sebuah kebangkitan perubahan dalam negara ini. Oleh itu, anak muda perlu dilibatkan dalam proses  membuat polisi dan dasar serta dalam membuat sesuatu keputusan.

Dengan itu, saya mengajak rakan-rakan anak muda tampil dalam memberikan idea pandangan, nasihat, cadangan, saranan serta gagasan-gagasan baru untuk diketengahkan demi membina sebuah Malaysia yang lebih baik.

Tegur Saya, Jika Saya Silap.
Nasihat Saya, Jika Saya Sombong.
Kritik Saya, Jika Saya Ego.
Bimbing Saya, Jika Saya Lemah.
Bersama Saya, Melakar Perubahan.


Jom Sertai AMANAH
#Harapan Baru
#IslamRahmatUntukSemua

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger