Oleh Khairol Najib
Hari ini bermula sidang Dewan Rakyat bagi penggal ke-3 untuk tahun 2015.Sidang Dewan Rakyat kali ini, sejarah baru bagi 6 orang ahli Parlimen daripada parti baru yang baru dilancarkan 16 September 2015 iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).
Mereka adalah ahli parlimen yang tidak asing bagi rakyat Malaysia kerana mereka antara yang lantang dan cengal dalam perbahasan di Dewan Rakyat.
Barisan ahli parlimen Amanah diketuai oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa selaku Ketua Whip Amanah. Beliau ahli parlimen Parit Buntar juga Naib Presiden Amanah. Ahli parlimen lain adalah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).
Sedikit coretan buat kalian:
1. Hadirlah kalian dalam Sidang Dewan Rakyat, janganlah ponteng tanpa sebab yang lebih afdal. Kalian dipilih adalah untuk berbahas di Parlimen dan membawa suara rakyat.s
2. Beraksilah kalian dengan berhikmah dan bijaksana dalam sidang Dewan Rakyat. Janganlah kalian diam dan membisu tanpa bicara. Janganlah kalian hanya menjadi hero di media sosial tanpa memanfaatkan ruang sidang yang berlangsung.
3. Bertegaslah kalian dalam perbahasan, perjuangkan hak dan kepentingan rakyat. Jika kalian hebat di pentas ceramah, kalian juga perlu hebat dalam sidang Dewan Rakyat. Jadilah suara semak dan imbang yang memberi manfaat buat ummah. Kesungguhan dan prinsip kalian menjadi tayangan bukti kepada tatapan masyarakat.
Sekian sahaja catatan ringkas buat kalian. Walaupun kalian 6 orang, beraksilah kalian seperti 60 orang ahli Parlimen. Semoga sidang Dewan Rakyat kali ini sebagai lembaran baru buat kalian dalam membawa amanah dan harapan rakyat Malaysia.
0 ulasan:
Catat Ulasan