Home » , » Permata Kelantan Yang DiPinggirkan

Permata Kelantan Yang DiPinggirkan

Written By Wadah Baru on Isnin, 26 Oktober 2015 | 1:27 PTG

Oleh Mat Luncai Aliuddin

Ramai kawan2 dari Pas menghilang atau bahasa lain unfriend di FB. Ramai juga yg marah2 kenapa saya suka 'memperli' Pas.

Jujur saya mahu bantu Pas walaupun org Pas pasti akn berkata, siapa kamu, hebat sgt kah kamu nak bantu Pas? Pas yg saya kenali sejak 1986 lagi berubah sedikit demi sedikit bersesuaian dgn kehendak zaman. Dari dikenali sebagai parti kampung atau ekstrimis agama, Pas lebih terbuka. Pas yg ditakuti oleh org Melayu dan Cina berubah 360% penerimaannya.

Tiba2 selepas pemergian Tuan Guru Nik Aziz, Pas berubah kembali 360%. 'Pembunuhan' golongan profesional dianggap satu pembunuhan kejam bukan sahaja kpd pemimpin terbabit tetapi kpd ahli dan penyokong PR.

Persoalan mengapa selepas pemergian TGNA. Bukan rahsia keakraban Husam dgn TGNA? Husam dianggap org penting di atas kejayaan Pas bertahan 25 tahun mentadbir atau memenangi pilihanraya.

 Husam dianggap rujukan pentadbiran TGNA dlm menguruskan negeri Kelantan, dan TGNA pula rujukan Husam dlm bidang agama dan lain2nya...Mereka saling memerlukan.

Tiba2 Husam dipinggirkan begitu sahaja. Malah bila Husam mengatakan dia mahu bersama Pas hingga mati, dia disindir, ditohmah dan dihina. Sebab itu saya katakan ada yg tidak kena. Mereka yg kononnya sgt menyanyangi TGNA tidak terfikirkah kenapa Husam dibuat begitu?

Bukan kita sudah melihat sendiri puji pujian TGNA kpd Husam dlm rakaman video (youtube). Malah TGNA pernah meraikan kehadiran Husam sebaik menamatkan pengajian di IPT.

Jujur sepanjang mengikuti perkembangan TGNA, saya tidak melihat ada org yg serapat Husam dgn beliau. Malah saya hanya mengenali Nik Abduh baru2 ini sahaja berbanding nilai persaudaraan, nilai persahabatan, nilai penghormatan antara Husam dan TGNA.

 Lebih saya hormati, Husam Musa sanggup menyimpan rahsia TGNA kpd dirinya hingga kini seperti Anwar menyembunyikan dia dihina ketika di Terengganu sehingga ke dlm penjara. Bagi saya merekalah pejuang yg dihormati...berkorban utk org lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger