Oleh Sofi Wahab
Parti AMANAH Negara (AMANAH) Negeri Melaka kesal dengan persetujuan Malaysia yang
menandatangani
Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership
Agreement - TPPA) dengan Amerika Syarikat semalam.Perjanjian yang
dipersetujui itu jelas tidak memihak kepada Malaysia dan akan
memberikan kesan yang lebih buruk kepada rakyat negara ini.
AMANAH Negeri Melaka hairan dan pelik mengapa kerajaan Malaysia begitu
yakin bahawa TPPA adalah baik sedangkan kerajaan gagal memberi
keyakinan kepada rakyat tentang kebaikan TPPA.
Sudah sekian lama rakyat
menyatakan penentangan terhadap TPPA dan kerajaan sendiri gagal
menjawab segala persoalan tersebut tiba-tiba dengan tidak semena-mena
Perdana Menteri bersetuju dan menandatangani TPPA tersebut.
Sehingga kini kerajaan gagal memberikan keyakinan kepada rakyat
walaupun MITI cuba berbuat demikian sejak sekian lama.Menteri MITI,
Dato Mustapha Mohamad sendiri pun gagal meyakinkan rakyat.
Di
antara kesan yang sangat merugikan serta menyusahkan rakyat ialah
hampir 70-80% harga ubat akan menjadi mahal yang sudah pasti tidak
mampu dibeli oleh golongan miskin. Kenaikan harga ubat akan mencecah
sehingga 800-1000% dari harga sekarang kerana ubat yang sekarang dijual
di Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat tempatan yang lebih murah
tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat
patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar
negara. Bagaimana rakyat yang berpendapatan rendah ingin membeli ubat
dengan harga yang tinggi begini.?
Kesan lebih buruk juga terpaksa
dihadapi oleh petani kita jika TPPA ini dilaksanakan nanti. Mereka
terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara yang bebas untuk
dipasarkan di negara kita. Industri padi dan beras umpamanya bakal
menerima kesan buruk apabila beras dari Ameria Syarikat yang menerima
subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga
petani padi di negara ini akan mengalami penderitaan jika TPPA dimeterai
di mana hasil padi mereka bakal berdepan saingan sengit dari beras
luar negara.
Kesan seterusnya ialah syarikat-syarikat besar dari
negara luar akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan
usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan mereka. Sudah tentu
syarkat-syarikat kerdil ini tidak mampu bersaing dengan gergasi-gergasi
ini yang mempunyai modal yang besar, teknologi yang tinggi dan hebat.
Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi
kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara
maju seperti AS, Singapura dan Australia, Britain dan sebagainya untuk
menguasai ekonomi negara kita.
TPPA juga menyebabkan kerajaan
terdedah kepada tindakan mahkamah dan boleh disaman oleh pelabur luar.
Tindakan ini boleh diambil oleh pelabur luar melalui tribunal
antarabangsa yang berpangkalan di Washington, Amerika dan Geneva,
Switzerland. Saman ini boleh diambil jika terdapat dasar-dasar kerajaan
yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti
perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam
menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.
TPPA juga
bakal menjejaskan bidang guaman, pelaburan dan pelbagai khidmat
profesional tempatan yang lain yang terpaksa berhadapan dengan
persaingan pasaran terbuka. Persoalannya mampukah industri kepakaran
dari syarikat perkhidmatan kita bersaing dengan syarikat gergasi dari
luar negara yang sudah tentu lebih berprestij dan berpengalaman?
TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan kepada 120
tahun dari 50 tahun selepas kematian penerbit seperti yang diamalkan
sebelum ini. Kesan ini menyebabkan segala bahan-bahan rujukan yang kini
percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini
juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar
sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang
mampu.
Sehingga kini kerajaan gagal menjawab semua kebimbangan
dan keraguan yang saya utarakan di atas. Parti AMANAH Negara negeri
Melaka mendesak kerajaan supaya mengkaji semula perjanjian ini dan
mengambil langkah sewajarnya bagi membatalkan perjanjian TPPA yang
jelas merugikan rakyat negara kita.
Golongan yang paling
terjejas sudah tentulah rakyat miskin yang berpendapatan rendah.
Kesempitan dan kesengsaraan akibat dari GST pun belum reda kerajaan
sekarang membawa bala seterusnya iaitu TPPA ini.
Kepada rakyat
Malaysia, Parti AMANAH Negara Melaka menggesa rakyat menilai semula
sokongan kepada BN yang menjadi kerajaan sekarang. Rakyat wajib menolak
BN pada pilihanraya ke 14 akan datang.
Kegagalan demi kegagalan
yang dilakukan oleh kerajaan dengan dasar-dasar yang merugikan serta
menzalimi rakyat sudah cukup menjadi penyebab kepada rakyat untuk
menolak BN pada pilihanraya akan datang.
Jangan ulangi kesilapan lalu, yang menyebabkan kita terus sengsara sehingga kini.
Sofi Wahab
Pengarah Komunikasi Parti AMANAH Negara Melaka
TPPA :Batalkan TPPA Demi KepentinganRakyat Dan IndustriTempatan
Written By Wadah Baru on Khamis, 8 Oktober 2015 | 2:41 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan