Home » » Pelancaran Pakatan Harapan Perak

Pelancaran Pakatan Harapan Perak

Written By Wadah Baru on Jumaat, 18 Disember 2015 | 11:15 PG

Tarikh 18 Disember 2015 jam 7.30 Malam merupakan detik bersejarah bagi Parti Amanah Negara, PKR  dan DAP  negeri Perak apabila dengan rasminya Pakatan Harapan Negeri Perak akan dilancarkan.

Pakatan Harapan Negeri Perak merupakan satu penerusan kepada Pakatan Rakyat yang telah terkubur apabila Pas  memutuskan hubungan dengan DAP.

Apabila Amanah Negara ditubuhkan,  cita cita dan matlamat Pakatan Rakyat itu diteruskan dengan wujudnya Pakatan Harapan.

Penubuhan Pakatan Harapan sekaligus membawa misi untuk menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Sehubungan itu seluruh anggota masyarakat terdiri dari kaum Melayu, Cina, india,  sikh, orang asal seluruh rakyat Perak dijemput meraikan Majlis Pelancaran Pakatan Harapan Perak pada 18 Disember ini di perkarangan Pejabat Amanah Negeri Perak di Greentown Nova Ipoh.

Di majlis pelancaran itu juga pimpinan Pakatan Harapan akan menyampaikan ceramah penerangan dan isu semasa di atas Treler Pakatan Harapan.

Parti Amanah Perak dan Pakatan Harapan Negeri Perak mengucapkan selamat datang kepada seluruh pimpinan, ahli ahli dan penyokong Pakatan Harapan ke majlis tersebut..

Semoga semua akan hadir di Ipoh tanda sokongan dan meraikan bersama Hari berrsejarah ini dengan datang secara konvoi kereta,motosikal dan sebagainya.

SELAMAT DATANG SEMUA

ABDUL RAHIM MOHD NOORDIN
Pengarah Konunikasi Amanah Perak / Ketua Publisiti Pelancaran.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger