Home » , » 2 pemimpin PAS perlu letak jawatan gagal bawa isu hudud

2 pemimpin PAS perlu letak jawatan gagal bawa isu hudud

Written By Wadah Baru on Ahad, 31 Januari 2016 | 3:54 PTG

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menyarankan 2 pemimpin parti itu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Takiyuddin Hassan, meletak jawatan kerana didakwa gagal membawa isu hudud ke Parlimen hingga hari ini,

Husam dilaporkan berkata, kedua-duanya perlu bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan masing-masing sekiranya tidak dapat menjelaskan kegagalan membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

"Saya mahu 3 individu itu dengan dikecualikan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) supaya bertanggungjawab dan harus memikul bebanan ini.


"Takiyuddin kalau tidak boleh jelaskan perkara ini, boleh berhenti, letak jawatan kerana dia kena bertanggungjawab. "Nik Amar kalau dia terbabit dia mesti letak jawatan,” beliau dipetik berkata pada forum 'Akta 355 dan Hudud di Malaysia' di Kota Baru, Kelantan, Jumaat lalu.

Nik Amar yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa ialah timbalan menteri besar Kelantan dan naib presiden PAS manakala Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Baru ialah setiausaha agung PAS.
Husam berkata demikian menjawab soalan moderator Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada forum yang ahli panelnya turut dianggotai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Che Ibrahim Mohamed, Ketua Exco Agama Pemuda PKR Wan Ji Wan Yusoff dan pemimpin DAP Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu mendakwa, matlamat melaksanakan hudud di Kelantan hanya mainan politik PAS dan Umno.

Beliau menjelaskan, pada Mac tahun lalu seorang wakil kerajaan Pusat datang ke pejabat kerajaan negeri memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen dan meminta Hadi membawa usul itu dengan serta-merta.

"Yang datang 18 Mac adalah wakil sorang menteri bawa cadangan serta merta. Perkara itu tidak dimaklumkan kepada PAS Pusat. Dua individu tersebut, terbabit dengan perbincangan itu, mungkin Nik Amar dan Takiyuddin.

"Saya sempat berjumpa presiden di rumahnya dan beliau (Hadi) memberi keyakinan kerajaan Pusat mengatakan usul tersebut boleh dibentangkan di Parlimen pada April (2015)," kata Husam.

"Bagaimana agenda sebesar itu hanya dibincangkannya dengan 3 orang saja dan akhirnya hari ini kita tidak dengar apa-apa.

"Sudah jelas yang menentukan perkara ini bukan PAS Pusat sebaliknya 3 individu berkenaan," tambahnya.

Pada sidang medianya selepas itu, Husam tidak menolak kemungkinan negeri milik pembangkang seperti Kelantan boleh terlepas ke tangan Barisan Nasional setelah pergolakan dalaman yang menyaksikan PAS terpaksa bersendirian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger