Home » , » AMANAH akan beri sumbangan semaksima ...

AMANAH akan beri sumbangan semaksima ...

Written By Wadah Baru on Ahad, 10 Januari 2016 | 9:31 PG


Oleh Mohamad Sabu 

 1. Kita buat pakatan, rakyat sandar harapan. Kita perlu berkerja kuat.

2. Sekarang ini pemerintah cuba perangkap dengan isu perkauman. Jangan mengiakan perangkap itu.  Doktrin perkauman ini diprogramkan oleh pemerintah. Perlu pecahkan dan jangan masuk perangkap.

3. Kerajaan memerintah semakin mengganas, akta hasutan, sosma diguna secara berleluasa ditambah akta MKN di mana PM boleh isytihar darurat di mana-mana.

4. Keadaan yang ada ini perlu dirawat sebaik-baiknya. Rawatan terbaik adalah menukar pemerintah pada pilihanraya akan datang.

5. Daripada ucapan-ucapan yang dilontar hari ini, kita semuanya mempunyai kefahaman sama. Pemerintah yang ada hari ini perlu ditukar dan bukan dinasihat.

6. Kerajaan tempatan menjadi medan latihan kepada pemain politik. Perlu dihidupkan semula pilihan raya tempatan.

7. AMANAH baru berusia 3 bulan 3 minggu. Kami berjanji memberi sumbangan semaksima mungkin. Saya telah mengarahkan pemimpin dan anggota AMANAH untuk bekerja 16 jam sehari dengan bercakap tentang Pakatan Harapan.

8. AMANAH bersetuju bahawa pemimpin utama Pakatan Harapan adalah DS Anwar Ibrahim. Kami tidak akan mencari yang lain sama ada di Gua Musang ataupun Pagoh.

9. Kita akan cari jalan bahawa saingan sesama kita tidak akan berlaku. Sarawak medan ujian. Kami walaupun baru, akan beri sumbangan semaksima yang kami mampu.

Petikan Ucapan Presiden AMANAH Hj Mohamad Sabu Di Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan 9 Januari 2016

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger