Pemuda Amanah Nasional merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Timbalan Ketua Pengarah
(Sektor Operasi Pendidikan),Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Ahmad Tajudin Jab menyarankan agar
menghentikan sebarang mesyuarat yang dijalankan apabila masuk waktu
solat bagi memberi ruang kepada kakitangan yang beragama Islam
menunaikan solat.
Arahan itu membabitkan Jabatan Pendidikan Negeri,Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional,Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
berkata Pemuda Amanah berpendapat adalah wajar arahan tersebut
dikeluarkan kerana tuntutan sebagai seorang muslim adalah selari dengan
syariat yang telah ditetapkan dan tidak seharusnya dilengah-lengahkan.
Bagaimanapun Pemuda AMANAH Nasional menyarankan agar pekeliling
khusus ditetapkan oleh KPM dan seterusnya akan menjadi motivasi yang
baik kepada seluruh kakitangan kerajaan mahupun swasta yang lain
"Oleh yang demikian dengan mematuhi syariat, kakitangan pendidikan akan menjadi lebih tenang dan bersemangat dalam bekerja.
"Saranan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi Pendidikan)
kepada kakitangan pendidikan akan menjadi contoh kepada anak-anak murid
seluruh sekolah dan seterusnya akan dipraktikkan secara terus di rumah
atau dimana sahaja mereka berada.
"Sudah menjadi lumrah manusia apabila terlalu fokus dengan kerja maka
ada perkara lain yang dilupai antaranya menunaikan solat.Bagi mendidik
agar kehidupan diberkati maka Pemuda Amanah menyambut baik saranan
tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.
Segala usaha kerajaan katanya, bagi menjadikan seseorang muslim itu
sebagai muslim yang sejati, Pemuda Amanah sentiasa menyokong penuh dan
memandang dari sudut positif.
Pada Rabu lalu, Datuk Ahmad Tajudin Jab berkata, sebagai umat Islam,
tuntutan untuk mengerjakan ibadah itu adalah penting dan perlu dilakukan
tepat pada waktunya ketika beliau merasmikan Majlis Sambutan Maulidur
Rasul dan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan
di Putrajaya.
KPM henti mesyuarat, tunai solat disambut baik Pemuda Amanah
Written By Wadah Baru on Ahad, 31 Januari 2016 | 3:40 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan