Oleh Rasyid Mansoor
PAS menegaskan ia parti politik Islam berasaskan dasar perjuangan Islamnya.Ditegaskan juga ia
terangkum dalam sebuah jaringan mata rantai perjuangan Islam yang bermula sejak munculnya dakwah Rasulullah SAW.
Namun, pendirian dan sikap PAS sejak akhir-akhir ini sukar difahami
dan sulit untuk dikaitkan dengan perjuangan Islam tadi.Apakah kini, PAS
sendiri berhadapan dengan krisis identiti atau objektif politiknya
sendiri kabur lantaran masalah yang diwujudkannya sendiri, gagal
ditangani secara sempurna?
Apakah masalah yang dicipta PAS? Saya senaraikan sebahagiannya di sini.
Bermula dengan isu kaji semula keabsahan Pakatan Rakyat (PR) menurut
syara’ sehingga terzahir persepsi PAS mahu undur daripada PR dan sedia
bersendirian demi keredhaan Allah.
Sehingga kini tiada sebarang kajian atau hasilnya dibentang kepada umum atau ahli-ahlinya.
PAS juga melanggani idea umpanan Umno dalam usaha untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam termasuk hudud.
Ketika itu, Kelantan masih belum bersedia sepenuhnya, tawaran Umno
penuh dengan seribu keraguan dan respon tidak senang oleh PKR dan DAP.
Sehingga secara jelas dan ketara, PAS dipermainkan Umno yang kononnya
akan membantu PAS membentangkan sama ada undang-undang hudud itu
sendiri atau cadangan pindaan terhadap Akta 355.
PAS sebagai
parti Islam sering mendoktrin ahli dan pengikutnya yang menerima PAS
bermakna menerima Islam dan menolak PAS bererti menolak Islam.
Namun, fahaman ini sukar diterima umum kerana dalam masa yang sama
pimpinan tertinggi PAS acapkali menunjukkan pintu keluar kepada ahli
yang meragui parti seolah-olah mereka digalakkan meninggalkan Islam,
kerana bagi doktrin tersebut, menolak PAS adalah penolakan terhadap
agama Islam.
Justeru bagaimana sebenarnya?
Kini, mereka mengisytiharkan DAP musuh baharu.
Apabila datang daripada mulut pimpinan yang bertaraf orang alim, maka
DAP digambarkan sebagai musush Islam bagi sebahagian ahli PAS yang
rendah tahap fikirnya.
Terlupa seketika usaha bersungguh PAS
selama ini mempertahankan DAP yang menolak hudud dengan berhujah mereka
adalah non-Muslim yang sewajarnya bersikap demikian berbanding
pimpinan dan ahli Umno.
Namun kini semuanya berubah. DAP yang
sama dikecam sebagai punca kegagalan hudud maka dinilai sebagai musuh
sebenar PAS sedang yang menipu, mengumpan, menghalang pembentangan
cadangan pindaan Akta 355 adalah parti lain, pihak lain iaitu Umno, BN
dan kerajaan Malaysia.
Di mana kebestarian pemikiran politik Islam PAS? Di mana Islam PAS sebenarnya?
Tambahan untuk itu, dalam pada PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh
baharu, PAS masih dengan tenang tanpa segan dan silu duduk bersama DAP
dalam satu kerajaan negeri bersama musuhnya DAP.
PAS masih berurusan dengan jawatankuasa kerajaan negeri Selangor yang dipengerusikan pemimpin DAP.
PAS masih memperakui sebahagian daripada kerajaan Selangor walaupun sebahagian lain adalah musuh politiknya.
Bagaimana sebuah kerajaan negeri dapat ditadbir dengan baik sekiranya dipimpin 2 parti yang bermusuhan?
Begitukah Islam? Demi apa sebenarnya PAS kekal dalam kerajaan Selangor? Jika bukan kerusi, bukan kuasa, demi apa? Islam?
Islam sebenar atau Islam PAS?
Islam sebenar ialah mewujudkan kerjasama baik, saling menghormati dan
bantu membantu dalam pentadbiran sebuah kerajaan, bukan bermusuhan,
mengecam dan menimbulkan provokasi tidak berkesudahan yang akhirnya
terzahirlah satu teori, Islam PAS membenarkan PAS bersama dengan Umno
bagi mentadbir Malaysia atau mana-mana kerajaan negeri secara bersama,
walaupun keduanya bermusuhan dalam politik.
Justeru itu,
seorang pemimpin PAS menyatakan PAS terbuka kepada kerjasama politik
dengan Umno demi Islam dan seorang lagi menegaskan tidak akan ada
kerjasama politik dengan Umno.
Ini bagi saya adalah kerana
pemikiran politik Islam PAS (pada masa kini) sukar difahami, termasuk
oleh pemimpin mereka sendiri.
Saya kira juga, peringatan yang
dilontar Timbalan Presiden Amanah wajar diperhalusi pimpinan PAS agar
tiada lagi gelombang baharu perpindahan parti oleh ahli mereka secara
beramai-ramai dari PAS kepada Amanah, lantaran sikap parti sendiri
Pemikiran politik Islam PAS terlalu sukar difahami
Written By Wadah Baru on Selasa, 12 Januari 2016 | 9:22 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan