Home » » Tinggalkan politik Pas yang sentiasa membingungkan rakyat..

Tinggalkan politik Pas yang sentiasa membingungkan rakyat..

Written By Wadah Baru on Isnin, 11 Januari 2016 | 11:20 PG

PEKELILING PEJABAT AGUNG PAS

Menghadiri majlis UMNO, MCA, MIC atau mana-mana majlis komponen Barisan Nasional tidak menjadi halangan. Kini, yang menjadi halangan hanyalah menyertai majlis anjuran Amanah dan DAP.

Pas harus sedar apabila bermusuh dengan Amanah dan DAP bukan bermakna hanya nermusuh dengan dua parti itu sahaja malah melibatkan PKR yang kini telah memetrai Perjanjian Pakatan Harapan(PH) untuk bekerjasama.

Maknanya semua kerjasama politik PH kini menyeluruh termasuk menyediakan kerjasama yang lebih kukuh menghadapi serta mempertahan kekuatan politik komponen PH dari sebarang serangan BN atau mana-mana jua parti politik yang tidak mempunyai ikatan kekeluargaan termasuk Pas.

Pas seharusnya sedar Pakatan Umno-Pas  akan bertembung secara berhadapan dengan PH di dalam pilihanraya umum ke-14 nanti. Tiada lagi masa menoleh kebelakang agar bersama politik Pas yang kurang matang akibat dari sikap mereka yang tidak pernah mantap ketika membuat keputusan bersama. 

U Turn(pusingan kembali), mengkhianati keputusan antara parti, membuat kenyataan yang mengelirukan, meletakkan calun bertindih ketika PRU dan berbaik dengan Umno adalah di antara elemen politik Pas yang sentiasa memeningkan kepala rakan dan penyokong sendiri.

Bagi membulatkan tekad serta azam agar dapat menumbangkan Umno-BN, PH kini memperkukuhkan pemuafakatan untuk mengembeling tenaga secara bersama sebagai persediaan menghadapi PRU-14. Bersama Pas hanya akan menimbulkan kecelaruan. Politik mereka yang berkecamuk secara tidak konsisten telah bermula semenjak 2008.

Sepatutnya Pas seharusnya sedar bahawa mereka kini telah ketinggalan jauh dari pentas arus perdana. Bermula 1982 Umno-BN kembali sebagai musuh kini mereka telah berputar 360° menjadikan Umno-BN sebagai rakan 'TAAWUN'(tolong menolong). Inikah politik yang ingin diperlihatkan kepada rakyat Malaysia.?

Pas ingin bantu membantu serta tolong menolong dengan Umno yang telah banyak menyusahkan rakyat jelata. Dosa-dosa Umno-BN di lihat telah terhapus dan terpadam hanya sanya kerana ingin melunaskan impian yang mereka sebut demi Melayu-Islam. Kenapa tidak sedari dulu lagi memasang impian untuk Melayu-Islam. Kenapa baru kini impian itu menjelma.?

Retorik ini semakin menjadi-jadi semenjak Najib teruk di belasah Tun Mahathir dan Muhiyuddin Yassin. Semakin teruk Najib di belasah semakin berani serta galak pula Hj Hadi mempertahankan Najib. Tidakkah bingung memikirkannya.?

Marilah kita tinggalkan politik Pas yang sentiasa membingungkan rakyat kerana sering mencipta perpecahan. Ayuh kita mulakan hari ini dan akan datang sehingga PRU-14, pertembungan sebenarnya ialah PH menentang BN. Kuatkan tekad serta azam dan gerak kerja yang bersungguh-sungguh bahawasanya Umno-BN wajib di tumbangkan demi kebahagiaan rakyat Malaysia.

INGAT..!
PH vs BN

Admin
~UAA SUPPORTERS

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger