Home » , » Perangi rasuah agenda utama Amanah

Perangi rasuah agenda utama Amanah

Written By Wadah Baru on Selasa, 5 Januari 2016 | 2:38 PTG

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyeru ahli dan penyokong di segenap peringkat untuk terus membangkitkan isu rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa serta salah guna kuasa yang berlaku
dalam negara.

2. Semua pihak perlu berganding bahu memberi penerangan bersungguh-sungguh kepada rakyat tentang apa yang sedang berlaku dalam negara ini dan menjadikan ia sebagai subjek utama penerangan.

3. Rakyat perlu difahamkan bahawa negara akan bankrap dan rakyatnya akan menjadi miskin kerana rasuah dan pemborosan oleh pemimpin negara yang terus-terusan berlaku. Yang kaya hanya pemimpin tertentu, penguasa dan pentadbir sedangkan rakyat semakin hari semakin miskin.

4. Sistem cukai yang menindas rakyat juga perlu ditentang, manakala cukai yang berpatutan perlu disokong. Rakyat perlu tahu ke mana wang cukai mereka dibelanjakan dan bukan diambil untuk pemborosan dan pembaziran oleh pemimpin negara.

5. Oleh itu, memerangi rasuah, ketirisan dan pembaziran perlu menjadi agenda utama AMANAH dan seluruh rakyat, agar kita dapat mewujudkan "good governance" seperti yang telah dicontohkan oleh para sahabat dan di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.

6. Di zaman mereka, Islam telah berjaya ditonjolkan sebagai Rahmatan Lil Alamin (rahmat untuk semua), dan AMANAH perlu mengembalikan akhlak Islam yang telah hilang itu.

"Harapan Baru"

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
4 Januari 2016

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger