Home » , » Memang mudah lidah tak bertulang menjadi hakim ..

Memang mudah lidah tak bertulang menjadi hakim ..

Written By Wadah Baru on Isnin, 1 Februari 2016 | 3:47 PTG

Oleh Salahuddin Hj Ayub

1. Sahabat saya Dato' Husam Musa (DHM) menerima musibah apabila beliau diserang Bell's Palsy serangan virus pada saraf muka yang mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan pada wajah. 
beberapa bulan yang lalu. Salah satu penyebab Bell's Palsy adalah

2. Sebagai penganut Islam kita diajar supaya berdoa, melakukan ziarah dan membantu kepada mereka yang ditimpa musibah samada sakit, kemalangan atau berlakunya bencana umum.

Antara maksud ayat 156 surah Al Baqarah menyuruh kita menyatakan "innalillahiwainnaillaihirajiuun" apabila manusia ditimpa musibah. Nabi saw bangun memberi hormat apabila jenazah seorang yahudi diusung ke tanah perkuburan. Nabi saw tidak mengatakan laknat keatas kau wahai yahudi. Ini lah akhlak Nabi yang membawa rahmat seluruh alam.

3. Ada seorang penulis blog menulis bahawa DHM terkena serangan Bell's palsy kerana kecewa, stress dan marah apabila tewas dalam pemilihan parti dan gagal kembali ke jawatan exco kerajaan negeri. Secara sinikal tujuan penulisan beliau kepada DHM ialah itu lah bala yang sepatutnya beliau terima.

4. Berakhlak dengan ajaran Islam adalah teras seorang Muslim yang mengaku beriman. Ramai manusia yang paling alim dan warak tidak terkecuali penjenayah yang paling kejam di dunia ini ditimpa musibah. Ada yang sakit terlantar bertahun-tahun, ditakdirkan mati dalam kemalangan yang mengerikan dan penyakit yang mengaibkan.

5. Memang mudah lidah tak bertulang menjadi hakim apabila kita mendengar orang lain ditimpa musibah. Mungkin kita lupa satu hari nanti kita juga adalah jodoh pada musibah yang tertulis di Loh Mahfuz. Apakah perasaan kita bila kita atau anak isteri kita yang ditimpa musibah pada ketika itu menjadi bahan sindiran seperti yang dialami oleh DHM?

6. Justeru perlu juga diingat bahawa sambil sesuatu musibah dianggap ujian, begitu juga kesenangan. Jangan oleh kerana kita tidak ditimpa musibah maka sambil yang lain diuji dgnnya maka kita didatangi perasaan angkuh lalu menganggap kita disayangi Allah dan yg ditimpa musibah tidak.

Sekiranya begitu maka kesenangan kita merupakan musibah sebenar kerana ianya mendatangkan dosa atas sebab perasaan angkuh dan bangga diri yg dimurkai Allah.

Salahuddin Hj Ayub

1hb Feb 2016

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger