KUALA LUMPUR: PAS melanggar ikrar kepada rakyat kerana mengambil
sikap berkecuali dalam
isu undi tidak percaya terhadap Menteri Besar
Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
berkata, PAS sepatutnya mengambil peluang itu untuk menyelamatkan rakyat
dan negeri Terengganu.
“Yang menghairankan 15 daripada pembangkang tidak ingin menukar
kerajaan walaupun peluang itu ada. Mereka memilih untuk berkecuali
sedangkan mereka tahu Terengganu sedang dilanda masalah.
“Sebab itu kita minta pembangkang (PAS) membuat pendirian sebagai
pembangkang dan bukannya sebagai berkecuali,” katanya ketika sidang
media di Lobi Parlimen hari ini.
Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendirian
berkecuali melibatkan usul tergempar undi tidak percaya terhadap
Menteri Besar Terengganu yang dicadangkan Datuk Seri Ahmad Said.
Menurut Hadi, PAS hanya akan melibatkan diri dalam isu-isu yang hanya
dilihat munasabah bukannya melibatkan isu perebutan jawatan.
Raja Kamarul yang juga Pengerusi AMANAH Terengganu berkata, usul undi
tidak percaya itu timbul disebabkan pentadbiran UMNO Terengganu yang
kurang bijaksana.
“Ada pihak mengatakan undi tidak percaya itu adalah masalah dalaman
UMNO. AMANAH ingin menjelaskan di sini bahawa, kalau orang menghalusi
pergolakan politik di Terengganu kebelakangan ini, ia bukan masalah
dalaman UMNO tetapi masalah UMNO mentadbir Terebgganu dengan kurang
bijaksana.
“Contohnya, dari segi pentadbiran kewangan, Terengganu telah 40 tahun
mengeluarkan minyak dan masih bergantung 90 peratus kepada pendapatan
minyak dan gas.
“Walhal, kalau kita tengok kerajaan Persekutuan daripada 38 peratus
boleh menurunkan kebergantungan kepada minyak yang kini turun kepada 23
peratus. Ini menunjukkan kerajaan Terengganu tidak mengurus dana minyak
dan gas dengan baik,” katanya.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan