Home » , » PRN Sarawak: Amanah tiada kerjasama dengan Pas-Ikatan

PRN Sarawak: Amanah tiada kerjasama dengan Pas-Ikatan

Written By Wadah Baru on Isnin, 21 Mac 2016 | 4:31 PTG

Parti Amanah Negara (Amanah) senada dengan DAP untuk tidak menjalinkan sebarang kerjasama
dengan Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.
Setiausaha Agungnya Mohd Anuar Tahir berkata, Amanah akan bersama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi BN di Sarawak.

“Amanah akan bersama Pakatan Harapan menghadapi BN di Sarawak dan akan bertanding di kawasan yang kita sedang bincangkan bersama.

“Walaupun Pas bertanding di kawasan itu, kita akan bertanding juga kerana Pas dan rakan barunya bukan dalam Pakatan Harapan,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Memberi contoh Dun Beting Maro yang akan ditandingi Pas, Beliau berkata Amanah berkemungkinan besar akan bertanding di kawasan tersebut.

Bagaimanpun perkara itu akan diumumkan kelak selepas mendapat persetujuan bersama dalam Pakatan Harapan.

“Tak kisan kawasan itu Pas bertanding atau tidak, kita tetap akan bertanding bersama Pakatan Harapan.

“Pas biar dia bincang dengan Ikatanlah. Kita tak kisah kerana mungkin akan berlaku pertandingan lebih dari tiga penjuru, empat penjuru mungkin sampai tujuh penjuru,” katanya lagi.

Minggu lalu, presiden Amanah Mohamad Sabu turut memberitahu Malaysia Dateline, Amanah akan bersama Pakatan Harapan pada PRN Sarawak.
“Kita akan bertanding bersama Pakatan Harapan parti lain itu bebaslah nak bertanding di mana pun.

“Pas di luar Pakatan Harapan, jadi tak ada sangkut dengan kita,” katanya.

Pada Sabtu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, asas kerjasama dengan Pas sudah tidak wujud lagi apabila parti itu tidak berpegang kepada prinsip dan hala tuju pakatan pembangkang.
Katanya, untuk menjadi rakan sekutu apa yang penting adalah kepercayaan antara satu sama lain, namun kemelut yang berlaku antara DAP dan Pas sebelum ini membuatkan DAP hilang kepercayaan kepada bekas rakan sekutunya itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger