Home » , » Seni politik tinggi presiden PAS

Seni politik tinggi presiden PAS

Written By Wadah Baru on Rabu, 2 Mac 2016 | 4:28 PTG

Oleh Muammar Qaddafi

Presiden PAS,Ustaz Abdul Hadi Awang sekali lagi mencipta kekusutan baru buat penyokong PAS apabila menegaskan akan jadi pendokong kuat Umno sekiranya Umno kembali kepada  ajaran Islam dalam pemerintahan.

Pada satu sisi pandang tiada yang salah daripada kenyataan ini bahkan ia selari dengan kenyataan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, jika Umno mengubah dasar dari kebangsaan kepada Islam,maka PAS boleh bubar namun jika diteliti kenyataan dan tindakan almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi sebenarnya jauh berbeza.

Tuan Guru Nik Aziz menegaskan PAS akan bubar dalam kontek hanya bila selepas Umno menukar dasar mereka kepada Islam,dan sehingga meninggalnya Tuan Guru beliau menjadi penentang Umno kerana Umno tidak pernah menukar dasarnya.

Pada 2010 lagi almarhum menegaskan di dalam blog beliau,almarhum mendakwa;
 "Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam.

Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.

"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam!
Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab seluruh umat Malaysia,"

Almarhum jelas dan terang pendirian dan tindakan beliau,kepada Umno mahupun berkenaan Pakatan,kerana itu beliau cukup dihormati rakan Pakatan dan digeruni bahkan dibenci musuh politiknya Umno BN.

Berbeza Hadi,belum pun Umno berubah menjadi baik,belum pun Umno berubah untuk mentadbir mengikut syariat Islam,belum pun Umno bersih dari salah laku rasuah dan salah guna kuasa,namun PAS di bawah Hadi sudah mula mendampingi Umno dan berubah sikap mereka terhadap Umno berbeza berbanding semasa Tuan Guru Nik Aziz masih hidup.
Walaupun penyokong PAS masih dalam sindrom penafian terhadap usaha perpaduan PAS-Umno namun cubalah mereka nafikan PAS ketika pra dan pasca kepimpinan almarhum Nik Aziz adalah sama dan tidak berubah sepenuhnya.
PAS seolah hari ini berharap kepada Umno untuk perjuangkan Islam dan Pas akan menjadi penasihat yang baik,namun prsoalannya  adakah PAS mengharapkan Umno,sebuah parti yang penuh kontroversi salah guna kuasa,rasuah,menzalimi musuh politik untuk menjadi entiti yang menegakkan syariat Islam takkala Umno masih tidak bersih dari segala kekotoran mereka?
Adakah Hadi sedar tindakan beliau ibarat memberi nyawa kepada Umno untuk terus berkuasa sedangkan untuk melihat Umno berubah itu jauh panggang dari api dan pada masa yang sama salah laku pemimpin (ahli) semakin hari semakin bertambah?
PAS anti Umno tidak anti ahli Umno?
Saya sedikit kaget dengan kenyataan ini,saya ubah sedikit dari "Umno" kepada "rasuah".
PAS anti rasuah tapi tidak anti rasuah?
Umno adalah sebuah parti,ibarat kain putih,yang mencorakkannya adalah ahlinya,jika anti Umno dan mahu meruntuhkan Umno,maka ahli Umno iaitu pemimpin atasan Umno harus ditentang dan dijatuhkan  bukan diberi talian hayat untuk terus berkuasa.
Saya keliru dengan strategi politik Hadi,saya percaya penyokong PAS juga ramai yang keliru,maka tidak hairanlah kajian Ilham Centra sebelum ini mendakwa ramai ahli PAS kini memilih untuk memilih Amanah sebagai parti baru mereka atau sekurangnya memilih untuk berehat dari politik dengan perkembangan semasa PAS.
Mungkin pendokong Hadi menegaskan,ini adalah seni politik tahap tinggi Hadi yang mungkin tidak difahami orang biasa,bahkan pemerhati pemerhati politik,namun jika benar hebatnya seni politik Hadi Awang,mengapa Terengganu hanya sepenggal dan 3 kali pilihan raya selepasnya PAS gagal dan sentiasa gagal?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger