PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) akan menerima kekalahan teruk pada Pilihan Raya
Umum ke14 (PRU14) akan datang jika Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata,
penolakan rakyat kepada kepimpinan Najib secara langsung menyebabkan
BN/UMNO ditolak secara total
Katanya, hanya satu jalan bagi
menyelamatkan BN iaitu pengunduran Najib dan diganti dengan pemimpin BN
lain, seperti yang dituntut menerusi Deklarasi Rakyat.
“Jika Najib
masih memimpin BN hingga PRU-14, BN akan menerima padahnya. Amarah
rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. “Tunggulah PRU nanti. Kami
tahulah apa nak buat”. Itu yang kedengaran rata-rata di kalangan rakyat
sekarang,” katanya menerusi kenyataan.
Mukhriz berkata,
kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa rakyat perlu menunggu PRU-14
untuk menukar Perdana Menteri amat membahayakan kepada kepentingan BN.
“Adakah
maksudnya Perdana Menteri baru itu akan datang dalam kalangan
pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut? Itu sama sekali bukan
matlamat Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Untuk selamatkan negara, malah
untuk pertahankan kedudukan BN sebagai kerajaan, Najib perlu diganti
pemimpin BN lain sebagai Perdana Menteri sebelum PRU-14,” katanya.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam berkata, jika mengikut logik,
pihak pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana
penolakan rakyat terhadap Najib yang turut menyebabkan BN ditolak.
“Tapi
sebaliknya, pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang
lain sebelum PRU14. Kenapa? Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari
kemusnahan akibat pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa, iaitu
Najib Razak.
“Pendirian ini turut diperkukuhkan apabila
pembangkang faham dan terima hakikat bahawa amalan demokrasi negara
tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU,”
katanya.
Mukhriz turut menolak tuduhan tindakan bapanya, Dr Mahathir, bekerjasama dengan pembangkang bertujuan menjatuhkan kerajaan BN.
“Tidak
masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun Mahathir ini akan
menguntungkan pembangkang termasuk DAP. Adakah BN akan tumbang jika
Najib undur?
“BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat.
Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan Perdana Menteri yang baru
dalam kalangan ahli-ahli parlimen BN, bukan dari pembangkang,”
tegasnya.~FMT
“Tunggulah PRU14, BN akan kalah” – Mukhriz Mahathir
Written By Wadah Baru on Selasa, 8 Mac 2016 | 10:03 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan