OLEH DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Suatu yang sangat menghairankan saya ialah bila pemimpin yang tidak
berkuasa seperti Tun Mahathir dikecam dan diserang oleh penjilat dan
pencium tangannya satu ketika dahulu yang terdiri daripada pemimpin Umno
BN. Tun bersalah, Tun pengkhinat, Tun hendak jatuhkan Kerajaan Melayu
berpakat dengan Cina dan macam-macam lagi kesalahan Tun disebut Umno BN.
Politik hari ini seolah-olahnya Umno BN Pembangkang dan Tun Masih
Perdana Menteri.
Dedah kebodohan sendiri
Kini kenyataan terbaru Tan Seri Anuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan
Datuk Abdul Rahman Dahlan, pengarah komunikasi strategik BN yang
menyalah Tun Mahathir atas kegagalan Proton adalah suatu yang sangat
memalukan dan menyerlahkan sifat tolol diri sendiri, Umno/Bn dan
Kerajaan.
Kenyataan mereka bila dibaca menjadikan pembaca termuntah. Apa
tidaknya, kecaman terhadap Tun M hanya selepas beliau tidak berkuasa dan
melepaskan semua jawatan lantikan termasuk dalam Proton. Umno BN sedang
berperang dengan Pemimpin pencen walhal dahulunya semasa Tun Berkuasa
sebagai PM mereka inilah menjilat dan mencium tangan Tun Mahathir
berulang-ulang.
Bersalah kerana mahu Najib undur
Persoalan saya, kalau pimpinan Umno BN hari ini menyatakan kesalahan
lampau Tun M, di mana mereka pada waktu itu? Kenapa mereka mendiamkan
diri? Kenapa hari ini baru mereka menghasut rakyat untuk menyalahkan Tun
M? Mengaku sahajalah kamu semua bodoh dan bacul.
Keberanian kamu hanya pada orang yang sudah tidak lagi berkuasa.
Keberanian menyerang Tun M hanya kerana hendak menyembunyikan jenayah PM
Najib yang berkuasa.
Keberanian menyerang Tun M hanya kerana Tun M mahu Najib berundur dan
reformasi negara mesti disegerakan. Kalau Tun M tak minta Najib undur
pasti Tun tidak salah.
Proton bawah pimpinan Tun menyerlah. Proton idea Tun kebanggaan
Malaysia. Proton lambang Malaysia Boleh. Macam-macam lagi ungkapan puji
pada Tun.
Buat Najib dan pemimpin Umno BN, berhentilah memperbodoh dan
menakutkan rakyat. Kepada seluruh rakyat jangan sembunyi dan lindungi
jenayah pemimpin yang berkuasa.
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR ialah Ahli Parlimen Pokok Sena
Pemimpin BN serang Tun Mahathir seperti masih Perdana Menteri
Written By Wadah Baru on Selasa, 5 April 2016 | 2:50 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan