Home » , » Azizah gesa Najib mansuh Akta MKN

Azizah gesa Najib mansuh Akta MKN

Written By Wadah Baru on Sabtu, 11 Jun 2016 | 10:32 PG

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong pada sesi Parlimen akan datang.

Ini kerana katanya, pewartaan Rang Undang-undang (RUU) MKN 2015 sebagai undang-undang adalah perkembangan berbahaya dan julung kali berlaku dalam sejarah perlembagaan negara.
Beliau turut mempersoalkan kenapa undang-undang baru drakonian itu perlu diluluskan secara tergesa-gesa sedangkan Majlis Raja-raja dan rakyat pelbagai lapisan turut berkongsi kebimbangan sama terhadap pewartaan RUU itu.

Presiden PKR itu berkata, BN bukan sahaja tidak menghormati raja-raja malah mereka mengabaikan peranan perlembagaan raja-raja.

“Peranan mereka amat penting khasnya dalam konteks negara kita, di mana BN telah lama mengabaikan kebebasan asasi dan perbezaan kecil dalam perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RUU MKN 2015 yang dibantah parti pembangkang ketika dibentangkan dalam Dewan Rakyat tahun lalu, menjadi undang-undang dengan sendirinya walaupun tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Ia diluluskan berdasarkan Fasal 4 (a) Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan, iaitu sesuatu RUU menjadi undang-undang 30 hari selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger