PETALING JAYA: Amanah hari ini menyeru beberapa bekas pemegang
jawatan tertinggi negara tampil menyuarakan pandangan mereka terhadap
kemelut 1MDB, yang disifatkannya “isu penyelewengan negara paling besar
sejak merdeka”.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub membuat saranan itu kepada
bekas ketua turus tentera, bekas ketua polis negara, bekas peguam
negara, bekas ketua setiausaha negara, hakim serta kakitangan tinggi
kerajaan, supaya menggunakan status mereka dalam masyarakat menegur
perdana menteri.
“Alangkah baiknya kedudukan mereka yang mulia dan tinggi di sisi
masyarakat, dimanfaatkan pula untuk menjadi pembela kepada perjuangan
rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib
Razak yang hari ini sangat kritikal ekoran skandal 1MDB,” kata
Salahuddin dalam kenyataannya.
Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman mahu menyita
aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion, atas dakwaan kecurian wang dan
korupsi.
Siasatan beberapa agensi Malaysia ke atas syarikat milik negara itu
bagaimanapun ditamatkan selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali
memutuskan tiada salah laku melibatkan 1MDB dalam penerimaan wang RM2.6
bilion oleh Najib pada 2013.
Salahuddin melahirkan keyakinan kesemua bekas tokoh jawatan tinggi
kerajaan berkhidmat dengan cekap “dan menamatkan karier mereka dengan
moral yang sangat tinggi” dan disanjung atas jasa kepada negara.
“Oleh itu wajar untuk mereka mewujudkan satu gelombang baru dalam
kelompok mereka sendiri yang pastinya akan dapat memberi kesan besar
kepada kesedaran rakyat dalam mempertahankan maruah negara ini,” tambah
bekas naib presiden PAS itu.
Amanah ajak bekas tokoh negara tegur Najib
Written By Wadah Baru on Selasa, 16 Ogos 2016 | 12:47 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan