OLEH MOHD SAYUTI OMAR
Sama
ada berjaya atau tidak tetapi usaha Adun Salor Husam Musa untuk
mengembalikan wang rakyat dan negara sesuatu yang terpuji dan suatu
tindakan proaktif. Husam telah mengambil langkah lebih berani dan
berisiko apabila menyaman lapan pihak dan individu di Amerika Syarikat
berkaitan dengan kehilangan wang syarikat strategik negara 1MDB.
Husam
memulakan tindakan berkenaan Khamis lepas, terhadap lapan defendan di
Mahkamah Daerah New York dengan menggunakan juga segala gokumen yang
dikemukakan oleh Jabatan Kehakimam Amerika (DoJ) ketika mengemukakan
tindakan pembekuan aset yang dicuri(?) dari 1MDB di Amerika.
Lapan
pihak termasuk individu itu ialah; adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz,
(anak tiri Najib Razak), Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy
Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra
Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.
Menurut
Husam rancangan untuk mengambil tindakan terhadap skandal 1MDB itu
lebih awal daripada pengumuman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.
Sebelum atau semasa berlangsung pilihan raya negeri Sarawak, Mei lalu
beliau bersama Matthias Chang sudah berbincang untuk mengambil tindakan
itu.
Bekas
Naib Presiden Pas dan setiausaha politik bekas PM Dr Mahathir Mohamad
itu sudah berjumpa dan berbincang dengan peguam dari Amerika Syarikat
mengenai tindakan undang-undang itu.
Memerhati
jauh mengenai tindakan Husam dan Matthias itu sudah tentu ia dibuat
atas kesedaran watan betapa wang negara dan rakyat perlu diselamatkan
dan tidak merelakan wang rakyat dikhianati walaupun satu sen.
Sudah
tentu Husam sebagai warganegara dan ahli politik yang prihatin tidak
sanggup melihat kejadian itu dan tindakan itu adalah satu tanggungjawab
dan amanahnya kepada negara. Membiarkan atau bersubahat dengannya satu
dosa dan pengkhianatan kepada watan.
Saya
sependapat dengan bekas Ketua Pengaran New Straits Time, A Kadir Jasin
yang menyifatkan tindakan Husam dan Mathias itu sebagai tindakan
patriotik. Kadir menganggap Husam dan Mathias sebagai wira tulen
menyelamatkan wang negara.
Dalam
pada itu, di sini saya melihat bukan sahaja keberanian dan
kebertanggungjawab Husam dan Mathias, tetapi mengenai idea dan
ketinggian daya kreatif tindakan politik khasnya Husam anak didik
Tokguru Nik Aziz yang teraniaya itu.
Dalam
saat orang lain hanya berbicara dan "mengeluh" mengenai kehilangan wang
1MDB atau pun ada yang masih membela orang dianggap terlibat dan
bertanggungjawab dengan skandal itu, tetapi Husam melangkah jauh dalam
tindakannya keluar dari ibu kota Kuala Lumpur hingga ke New York.
Tindakan Husam ini lebih global dan tidak bersifat "main dalam perkuk".
Begitu
juga ketika ahli politik bercakap soal perlunya bekas partinya itu
berkolaborasi dengan Umno, namun Husam berani bertindak sebegitu yang
boleh mendatangkan bahana kepada presiden parti Umno yang puna berisiko
buatnya. Ertinya Husam mengorbankan kepentingannya demi rakyat dan
negara.
Sesungguhnya
pemimpin yang peka, kreatif dan berani bangkit seperti Husam itulah
yang patut dinobatkan sebagai pemimpin sejati. Tetapi sayang kelebihan
dan keistimewaan yang dimiliki Husam ini disia-siakan oleh partinya
sebelum ini apabila beliau dipecat tanpa dibicarakan penuh keadilan.
Pastinya mereka yang insaf akan bersama Husam dan Mathias.
Bagaimana
pun tindakan Husam dan Matthias itu mungkin tidak memberi pengertian
dan signifikan kepada rakyat negara ini khasnya mereka yang benci dan
kesal dengan skandal 1MDB. Justeru sesuatu tindakan lebih bermakna dari
rakyat dalam memberi sokongan kepada tindakan berani Husam itu perlu
dibuat.
Dalam
hubungan ini saya rasa antara perkara yang boleh dibuat ialah membantu
Husam dan Matthias bukan sahaja dari segi moral, tetapi kewangan dan
material lain juga. Misalnya mereka yang memiliki dokumen berhubung
skandal itu dan sedia menjadi saksi dalam pendakwaan tersebut nanti
perlu tampil kemuka untuk membela maruah negara dan memastikan
pengkhianat terhukum.
Rakyat
ramai boleh merealisasikan pernyataan dan komitmen mereka terhadap
tindakan itu dengan mengumpul dana bagi membantu usaha itu. Mungkin
orang ramai boleh bermaufakat menubuh sebuah tabung untuk menyelamatkan
1MDB? Tabung ini janganlah digerakkan oleh orang politik atau badan
politik tetapi oleh rakyat awam.
Mungkin
ada yang ketawa atau merasa lucu dengan cadangan ini. Mereka mencari
logik mengenai cadangan ini, niat untuk membela 1MDB sedangkan badan itu
sebuah institusi gergasi. Usaha ini akan diketawa seperti usaha semut
untuk menyelamatkan gajah. 1MDB boleh dianggap gajah manakala rakyat
yang insaf adalah semut.
Tetapi
tunggu dulu, jangan mudah berasa anih dan lucu dengan ikhtiar ini.
Mungkin gajah haiwan yang besar dan semut haiwan yang kecil. Tetapi
dalam realiti, tidak mustahil semut yang kecil dapat membantu sang gajah
yang besar itu. Sekiranya ada maufakat di kalangan komuniti semut
mereka berjaya mengangkat beban berkali ganda besar daripada mereka.
Dalam
konteks 1MDB ini; jika semut tidak dapat menyelamatkan gajah secara
hidup, tetapi mengusung bangkai pun sudah memadai. Ayuh bantu dan
tunjukkan partisipasi anda semua demi negara. Merdeka.
Istana Budaya, KL.
Tabung Menyelamatkan 1MDB.
0 ulasan:
Catat Ulasan