Kronologi Isu 1MDB-DUSABLE, projek solar dan tanah Kuala Ketil, Kedah.
-Pada 18 Mac 2014, 1MDB telah menerima surat penganugerahan (Latter
Of Award) daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk
membangunkan loji janakuasa solar dengan kapasiti sehingga 500MW.
- Pada 11 April 2014, 1MDB dan Dusable, firma tenaga yang diketuai oleh
Frank White Jr, penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat telah
memeterai perjanjian usahasama untuk pembangunan projek tenaga solar
sebanyak 50MW di Malaysia. 1MDB memiliki kepentingan sebanyak 51%
didalam perjanjian usahasama tersebut. Manakala Dana Ekuiti Persendirian
Yurus yang diuruskan Dusable memiliki 49%.
- Pada tahun 2014,
wakil 1MDB telah bertemu dengan wakil Bina Darulaman Berhad (BDB), anak
syarikat Kerajaan Negeri Kedah untuk tujuan pengambilalihan tanah di
Kuala Ketil untuk pembangunan projek tenaga solar tersebut dan 1MDB
telah membayar RM3.5 juta sebagai deposit. Tanah tersebut terletak di
belakang Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah merupakan tanah
pertanian kelapa sawit.
- Pada 12 April 2014, 1MDB menerusi anak
syarikatnya, 1MDB Solar telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga
(Power Purchase Agreement - PAA) secara runding terus dengan Tenaga
Nasional Berhad (TNB) selama 25 tahun bagi pembinaan loji janakuasa
solar dengan kapasiti 50MW di tanah yang dibeli di Kuala Ketil. 1MDB
akan mengenakan tarif elektrik pada kadar 40sen/kWj dan 46sen/kWj
menurut perjanjian tersebut.
- Pada 5 Oktober 2014, 1MDB telah
membeli kesemua 49% kepentingan yang dimiliki oleh Dana Ekuiti
Persendirian Yurus yang diuruskan oleh Dusable dengan bayaran USD69.0
juta.
- Pembelian kepentingan tersebut kononnya sebagai daripada
pelan Tawaran Awam Permulaan (Intial Public Offering-IPO) untuk Edra
Global Energy Berhad (EDRA) yang bakal dilaksanakan oleh 1MDB dan
memudahkan 1MDB dan EDRA mendapat hak 100% untuk menjalankan projek
tenaga solar di Kuala Ketil, Kedah diletakkan dibawah EDRA.
-
Pada Februari 2016, 1MDB telah menjual EDRA dan kesemua aset tenaga dan
anak syarikatnya termasuk EDRA Solar yang mempunyai kepentingan dalam
projek solar di Kuala Ketil, Kedah kepada firma tenaga dari China iaitu
China General Nuclear Power Corp.(CGN) dan anak syarikatnya, CGN Group
dengan nilai RM9.83 Bilion.
Setelah menjual kesemua aset serta
anak syarikat EDRA kepada syarikat luar negara, bagaimana status
pemilikan tanah di Kuala Ketil ?
Adakah 100% tanah tersebut telah dimiliki syarikat dari China ?
Bagaimana status pembayaran pembelian tanah oleh 1MDB kepada BDB yang berbaki 90% lagi ?
Mukhriz mendedahan skandal 1MDB-DUSABLE melibatkan kepentingan Negeri Kedah
Written By Wadah Baru on Rabu, 17 Ogos 2016 | 10:20 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan