PETALING JAYA: Hasrat pembangkang meletakkan calon menentang Barisan
Nasional (BN) dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya akan
datang tidak akan menjadi kenyataan selagi PAS tidak melihat BN sebagai
musuh utama, kata Amanah.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata PAS tidak
mementingkan lagi soal satu lawan satu lagi kerana ia tidak ada masalah
sekiranya BN terus membentuk kerajaan.
“Walaupun Amanah tiada halangan untuk terus berbincang dengan PAS
tetapi kita lihat PAS tiada hal jika BN terus memerintah,” katanya
Khalid mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai
yang menyifatkan cadangan satu lawan satu pembangkang hanya omong
kosong.
Liow berkata pembangkang tidak akan mencapai kata sepakat kerana mereka bercanggah pendapat dan kepentingan sesama sendiri.
Khalid turut meminta MCA mendedahkan kepada umum sekiranya mereka
mendapat jaminan daripada PAS akan wujudnya 3 penjuru dalam PRU akan
datang.
“Kalau MCA sudah dapat jaminan daripada PAS, harap dedahkan. Iaitu jaminan bahawa PAS akan bertanding 3 penjuru,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata sikap PAS
yang dilihat sombong dan angkuh dalam menjalinkan perbincangan satu
lawan satu antara faktor yang menyukarkan persefahaman dalam
pembangkang.
“Walaupun berkali-kali menafikan tidak akan bekerjasama dengan Umno
tetapi kecenderungan mereka masa ini sudah gambarkan mereka pro-Umno.
“Amat mengejutkan, mereka ambil pendekatan sedemikian. Walaupun Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut mengajak (berbincang), namun
mereka masih tolak. Ini seperti memberi pertolongan cemas kepada Umno
yang sedang nazak,” katanya.
“Mereka akan pergi kepada Umno,” katanya.
Baru-baru ini Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan
beliau sudah menemui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi
mendapatkan sokongan parti itu dalam memastikan pertandingan satu lawan
satu menentang BN pada pilihan raya ke-14 yang perlu diadakan pada 2018.
Amanah tidak yakin PAS setuju 1-lawan-1 menentang BN
Written By Wadah Baru on Isnin, 10 Oktober 2016 | 3:13 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan