Pembangkang mesti mempunyai entiti tersendiri sepertimana yang ada
pada Barisan Nasional (BN) dengan satu logo bagi memudahkan pengundi.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata demikian dalam dialog wacana
rakyat bertajuk 'Hala Tuju Blok Pembangkang PRU 14' anjuran Parti Amanah
Negara kawasan Permatang Pauh yang telah diadakan di SP Arena, Seberang
Jaya.
Menurut beliau lagi, sekiranya 14 komponen BN boleh berada dibawah
satu payung dengan dacing sebagai logo utama dalam pilihan raya, maka
pembangkang juga harus mempunyai entiti tersebut.
"Mulai sekarang pembangkang mesti mempunyai logo atau pengenalan yang khusus sepertimana dacing yang digunakan oleh BN.
"Dengan adanya lambang tersebut, ia memudahkan pengundi untuk membuat pilihan samada memilih BN atau pembangkang.
"Walaupun ia tidak menjadi suatu kemestian, tetapi ia membuktikan
kesepakatan yang kuat dikalangan komponen pembangkang, " jelasnya lagi.
Katan Mukhriz lagi mana-mana parti pembangkang yang tidak mempunyai hala tuju serta mesra Umno dan BN mesti ditolak.
"Parti flip-flop dan tidak ada pendirian mesti ditolak sekiranya mereka masih lagi mesra Umno dan BN.
"Pembelaan terhadap rakyat mesti serius dan tidak perlu bersembunyi dibawah ketiak Umno lagi.
"Kalau serius nak tentang korup, pembaziran dan ketirisan, jangan lagi bersekongkol dengan Umno dan BN, " tegasnya.
Manakala Pengarah Strategi Amanah, Dr Zulkefly Ahmad pula berkata,
mana-mana parti pembangkang yang enggan bersama bagi menentang kezaliman
Umno dan BN mesti ditolak.
"Jika masih ada parti pembangkang yang mahu bersekongkol dengan Umno dan BN, mereka tidak serius untuk membela nasib rakyat.
"Parti yang tidak ada hala tuju, sekejap menyokong dan sekejap lagi membantah.
"Jangan kita dokong parti yang masih lagi mahu menzalimi rakyat melalui pelbagai polisi dan dasar yang mereka laksanakan.
"Kita tahu GST itu menyiksa rakyat, kenapa nak sokong parti yang menzalimi rakyat, " ujarnya lagi.
Malah katanya jika sudah pasti kerajaan pimpinan Umno dan BN
melakukan korup dan rasuah yang berleluasa, ia tidak boleh lagi diberi
mandat.
Namun begitu sikap parti pembangkang yang masih menyokong kepimpinan
kerajaan, membuktikan ia tidak konsisten dan tidak mempunyai pendirian
yang tetap dalam memperjuangkan nasib rakyat yang terbukti ditindas.
Sementara itu Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail pula berkata, pertandingan satu lawan satu dalam pilihan
raya umum yang akan datang mesti direalisasikan sekiranya serius untuk
mengalahkan Umno dan BN.
"Mana-mana parti yang masih lagi menyokong Umno dan BN bererti mereka
setuju supaya tidak wujudnya pertandingan satu lawan satu dalam pilihan
raya umum ke 14 yang akan datang.
"Bagi memastikan kemenangan kepada pembangkang, mana-mana parti yang
bertanding atas nama pembangkang mestilah memastikan satu lawan satu
menjadi kenyataan.
"Sekiranya ini berlaku, kezaliman yang menjadi amalan Umno dan BN
sejak sekian lama dapat dihentikan menjelang PRU yang akan datang, "
tambahnya lagi.
Beliau juga berkata, pemerintahan Umno dan BN sudah jelas terbukti membawa pelbagai kesengsaraan kepada rakyat.
Oleh kerana itu, tegasnya mana-mana parti yang berada dalam gabungan
pembangkang tidak lagi perlu mesra dengan pemerintah yang zalim lagi
menyiksa rakyat.
"Kita menentang kebatilan Umno dan BN yang telah lama terserlah.
"Pelbagai akta dan undang-undang mereka laksanakan termasuk
persempadanan semula adalah untuk ketidakadilan dan kemenangan sebelah
pihak.
"Jika sudah jelas penipuan yang sedang menjadi amalan, kenapa lagi
perlu kita bersekongkol dengan parti yang menzalimi rakyat yang
mengharapkan nasib mereka dibela, " katanya lagi.
Sehubungan itu katanya, semua pembangkang mesti bersatu secara serius
bagi memastikan perubahan dalam pemerintahan dapat menjadi realiti
dalam PRU ke 14 yang akan datang.
Parti pembangkang perlu ada identiti dengan satu logo
Written By Wadah Baru on Isnin, 31 Oktober 2016 | 3:28 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan