Home » , » Pas dianggap kena ‘kencing’ selepas RUU355 tidak sempat dibentang

Pas dianggap kena ‘kencing’ selepas RUU355 tidak sempat dibentang

Written By Wadah Baru on Isnin, 31 Oktober 2016 | 3:31 PTG

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan Pas sudah ditipu atau ‘dikencing’ apabila Menteri Hal Ehwal Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa Dewan Rakyat mungkin tiada masa menangani Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Wfauzdin Ns, kenyataan Azalina itu dilihat sebagai sengaja berbohong memandangkan Ahli Parlimen Pengerang berkenaan sebelum ini menganjakkan nombor giliran usul tersebut kepada nombor satu dalam aturan mesyuarat
“Bukankah dia (Azalina) menteri yang cadangkan usul itu dibaca serta-merta dan diangkat dari nombor 15 kepada nombor 1 dalam sesi Parlimen sebelum ini dek kerana pentingnya RUU Akta 355 itu?
“Selaku Menteri dalam kerajaan, takkan dia tak boleh desak Speaker agar RUU Akta 355 itu dibahaskan kali ini? Kalau kamu tak yakin, mengapa kamu cadangkan itu hari? Sengaja mahu kencing?
“Kamu harus ingat wahai Azalina, orang yg mengencing itu berdosa, manakala yg kena kencing tu tak berdosa. Faham?” sindirnya dipetik dari Facebook.
Berbeza dengan netizen Man Toba yang menganggap Umno tidak ‘kencing’ Abdul Hadi memandangkan Ahli Parlimen Marang itu disifatkan berada di pihak Umno.
“Aku tak kata Umno kencing Hadi. Sebab Hadi bersama umno, mana mungkin Hadi tak diberitahu akan Azalina akan percepatkan bacaan RUU beliau dari tempat 15 terus langkau ke nombor 1?
“Dah diberi kesempatan, boleh pula pura-pura tangguh? Kau (Hadi) mohon, lepas itu kau tangguh? Pendapat aku, ini semua komplot Umno dan Hadi bagi memecahkan Pakatan Rakyat.
“Sejak dulu lagi aku meragui geng-geng Hadi, Takiyudin, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa, Mustafa bekas Setiausaha Pas, Razman Zakaria, Menteri Besar Kelantan dan timbalannya, Dr Zuhdi, Nik Abduh, Tantawi, Din ayam, dan ramai lagi.
“Mereka semua geng yang memainkan peranan undurkan Pas kebelakang. Pengikut Pas tidak akan nampak misi mereka kerana taksub telah membutakan mata mereka.
“Kini BN ada satu tambahan kekuatan untuk kekal iaitu pembangkang yang lemah. Masihkah kalian tak nampak permainan mereka?” soal Man Toba.
Untuk rekod, usul pindaan Akta 355 yang berada pada giliran nombor 15 iaitu yang terakhir dalam kertas perintah Parlimen telah dipercepatkan oleh Azalina di bawah Peraturan Mesyuarat 14(2) supaya dapat dibahas pada 26 Mei lalu iaitu 10 hari sebelum tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Walau bagaimanapun, selepas lebih suara Ahli-Ahli Parlimen bersetuju supaya usul tersebut dibahaskan, Abdul Hadi memohon supaya ditangguhkan dan dibawa ke mesyuarat akan datang mengikut Peraturan Mesyuarat 15 (5).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger