Oleh SULAIMAN IBRAHIM @ LEMAN RAJA LAWAK
Setiap rakyat malaysia semuanya dikenakan cukai pendapatan, barangan,
perkhidmatan dan sebagainya. Kerajaan boleh mengenakan cukai tetapi
jangan sampai rakyat terbeban dengan pendapatan/ekonomi mereka. Apabila
rakyat merasai bebanan cukai yg dikena terlalu banyak, mereka akan
bersuara dan menunggu masa untuk menghukum kerajaan BN pada PRU14.
Pihak kerajaan sepatutnya menyelesaikan masalah pendapatan rakyat
bukan sahaja kalangan rakyat miskin tetapi juga di kalangan anak seni
(artis) dengan memberi peluang pendapatan dalam kerjaya mereka dalam
pelbagai bidang, bukannya mengenakan cukai pendapatan yang tinggi
sehinggakan menyekat sesetengah artis itu untuk berjaya dalam kehidupan
mereka.
Artis malaysia bukan semuanya berpendapatan tinggi. Ada di kalangan
mereka terpaksa mengikat perut apabila ketiadaan 'show' atau 'job'. Ada
artis yang mengikat kontrak dipotong 30% dari pendapatan mereka.
Pendapatan mereka bukanlah selalu dalam sebulan. Adakalanya
berbulan-bulan baru dapat tawaran dari pelbagai pihak.
Kerajaan hanya melihat kemewahan artis yang bernama besar dalam
kerjaya dan pendapatan mereka, bagaimana pula nasib pendapatan artis
artis yang baru mencipta nama dan ingin mencari rezeki demi kehidupan
mereka?
Seandainya cukai dipotong dan ditambah pula % yang dikenakan dari
syarikat produksi yang ditandatangani, berapa baki yang tinggal untuk
artis tempatan untuk berjaya dan membina 'personaliti' mereka?
Banyak kisah artis tempatan mencipta populariti tetapi di akhir hayat
dan kehidupan mereka masih dalam keadaan yang sama. Mereka adalah insan
seni yang menghidupkan budaya dan kesenian negara.
Sepatutnya kerajaan bertindak sebagai 'pro marketing' sehingga ke
luar negara, bukannya hanya tahu mengenakan cukai tanpa memahami
kehidupan mereka yang sebenar.
Sebagai contoh negara India yang bangsanya terdiri dari pelbagai
bahasa seperti Hindi, Telegu, Punjab, Malayalam dan Tamil. Filem mereka
berjaya menembusi pasaran luar negara sehinggakan setaraf filem
Hollywood. Bagaimana filem di Malaysia?
Kerajaan harus membuka ruang dalam konsep kepelbagaian termasuk filem
berkisarkan permasalahan politik yang berlaku di Malaysia dan
mencontohi filem dari luar negara yang memberi impak lebih besar dimata
dunia.
Ratusan artis tempatan ini ramai ynag berbakat besar dalam industri
kesenian. Seharusnya membawa dan memberi peluang kepada mereka menembusi
pasaran luar negara. Alasan yang kerajaan berikan ialah tiada
peruntukan dan sebagainya.
Persatuan Seniman pula bukanlah satu badan yang memberikan kerjaya
kepada semua golongan artis tetapi hanya bertindak sebagai pembawa suara
artis jika ada sesuatu isu yang berlaku.
Artis yang ada di Malaysia kebanyakannya tidak berpolitik tetapi
bukanlah bermakna mereka tidak mengetahui isu-isu semasa dengan apa yang
berlaku dalam negara. Mereka mendiamkan diri kerana tidak mahu
dikaitkan dengan pihak pembangkang atau kerajaan. Meraka hanya mahu
mencari rezeki yang halal dan ingin memperbaiki kehidupan mereka.
Kebanyakan artis tempatan bukanlah dari kalangan keluarga yang kaya,
rata-ratanya lahir dari industri media dan cuba mengeluarkan diri mereka
dari masalah ekonomi dalam kehidupan seharian.
Isu ini akan dibangkitkan dari masa kesemasa supaya rezeki artis
tempatan tidak dikenakan cukai sewenang-wenangnya tanpa memahami
kehidupan dan perjalanan hidup mereka.
Kerajaan harus menilai dan mengkaji semula sehingga peringkat bawahan.
Beri peluang dan membantu kepada artis tempatan dan syarikat produksi
industri perfileman, nyanyian dan sebagainya dalam mengembangkan filem
Malaysia dengan cara terbuka tanpa sekatan politik melampau.
Kepada golongan artis tempatan, jangan sesekali takut untuk bersuara
dalam mempertahankan hak anda sebagai rakyat, pengundi dan pembayar
cukai yang sememangnya telah tersedia dikenakan ke atas kamu.
* Tulisan ini mewakili suara artis tempatan dari pihak pembangkang. Penulis juga adalah Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik.
Bantu artis bukan bebankan cukai melampau
Written By Wadah Baru on Selasa, 15 November 2016 | 11:10 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan