Home » , » Kuda-kuda hitam saya masih kuat, kata ulamak Pas

Kuda-kuda hitam saya masih kuat, kata ulamak Pas

Written By Wadah Baru on Isnin, 16 Januari 2017 | 1:12 PTG

Oleh Arif Atan

Mengakui tindakannya sengaja mahu 'cucuk rusuk orang', Ketua Dewan Ulama Pas Pahang memuat naik dua foto kereta mewah yang digelarnya sebagai 'kuda-kuda hitam' di akaun Facebook miliknya semalam.

Dalam status yang turut mengandungi beberapa kesalahan ejaan itu, Ustaz Mokhtar Senik menyifatkan kedua-dua kenderaan tersebut masih dalam keadaan elok walaupun digunakan untuk banyak program parti melibatkan perjalanan yang jauh.

"Selesai sudah perasmian serentak Mesyuarat Agung cawangan2 Kawasaj(n) Tan(m)bun. Esok mesyuarat Pas Pusat Pulak. ptg tadi sebelum ke Perak Mesyuarat Lajnah Dakwah Pusat.

Alhamdulillah kuda2 hitam saya masih kuat," dipetik daripada kenyataannya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu pada masa sama mengaitkan dengan nikmat Allah tetapi pada ayat terakhir memberitahu kenyataannya itu mahu 'menguji'.

"Nikmat yg Allah beri adalah untuk agama Allah. Status nak test," tulisnya dalam status yang dimuat naik pukul 12.59 tengah malam, 14 Januari itu.

Mendapat hampir 290 'like' setakat awal pagi hari ini, Mokhtar dalam satu komentarnya mengaku sengaja memuat naik status berkenaan.

"saje je post status cucuk rusuk org. nak tgok melompat ke tak?" ujarnya lagi yang menggunakan nama 'Mokhtar Dup' (Dewan Ulamak Pas) bagi media sosial itu.

Ini bukan kali pertama Mokhtar menayangkan kedua-dua kereta import itu. Pada 17 Disember 2015, pemimpin Pas yang pernah ditahan ISA selama tiga tahun selepas terbabit dengan kumpulan Al-Maunah itu juga memuat naik kisah kedua-dua 'kuda hitam' yang sama yang dikatakannya masuk bengkel.

Dalam hal berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada September tahun lalu seperti diceritakan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan didakwa pernah mengingatkan supaya membaca al-Quran dan jangan hanya membaca Facebook.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger