Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengkritik tindakan
partinya yang tidak menghantar wakil ke majlis perasmian Bersatu di
Stadium Malawati, pada Sabtu lalu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan, tindakan partinya itu
seolah-olah memberi gambaran enggan menjalinkan kerjasama bersama
gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.
“Tidak wajar Pas tidak menghantar wakil mereka pada majlis pelancaran
ini kerana masyarakat akan melihat seolah-olah Pas mahu memencilkan
diri daripada satu kelompok ‘grand coalition’ dalam kalangan parti
pembangkang yang ada ini.
“Tidak menghantar wakil kepimpinan tertinggi parti adalah langkah
yang silap. Saya tidak tahu ketidaksediaan Pas untuk menjalin apa-apa
kerjasama Pakatan Harapan atau dengan Bersatu,” katanya dipetik Sinar
Harian hari ini.
Mahfuz satu-satunya pemimpin Pas yang hadir, meskipun Bersatu dilihat menyediakan beberapa kerusi untuk pemimpin Pas.
Mahfuz berkata, kehadirannya kerana mendapat jemputan daripada pihak Bersatu.
"Namun, saya tidak maklumkan kehadiran saya kepada kepimpinan Pas dan tindakan saya adalah atas kapasiti peribadi,” katanya.
Menurutnya, tidak menjadi kesalahan untuknya menghadiri apa juga
program anjuran Pakatan Harapan kerana berasakan kehadiran itu atas
kapasiti rakyat Malaysia.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan