Home » , » PAS Perlu Dipersalahkan Atas Kelewatan Pindaan Akta 355.

PAS Perlu Dipersalahkan Atas Kelewatan Pindaan Akta 355.

Written By Wadah Baru on Selasa, 31 Januari 2017 | 4:20 PTG

Oleh Datok Dr. Ismail Salleh

1. Dalam sistem negara kita, Parlimen atau Dun adalah tempat dimana suatu undang-undang digubal atau pindaan terhadapnya dibuat. Ianya harus berlaku melalui suatu proses tetapi tempat terakhir perbahasan sebelum sesuatu undang-undang di gubal ataupun pindaan dibuat ialah di Parlimen.

2. Tidak terkecuali dengan sebarang pindaan tehadap Akta 355, setelah melalui proses tertentu ianya mesti dibawa ke Parlimen untuk dibahas.

3. Akta 355 adalah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) telah digubal dalam tahun 1965 dan telah di buat pindaan dalam tahun 1984 dan 1989. Kedua-dua pindaan ini berlaku di parlimen tanpa sebarang masalah.

4.Tetapi kali ini ianya sangat berbeza kerana permainan politik Umno dan Pas melebihi hasrat pindaan akta itu sendiri.

Umno BN telah berjaya mendapat laba kemenangan politik yang besar setelah memberi laluan kepada Pas melalui pembentangan usul persendirian MP Marang pada 26 Mei 2016 dan 24 Nov 2016.

Kerana tersepit dan demi kepentingan politik juga MP Marang menangguh perbahasan setelah 2 kali peluang di berikan.

Kini PAS menjelajah dan memobilisai rakyat di seluruh Malaysia untuk menutup kelemahan mereka yang tidak bersedia untuk membuat pembentangan dan seterusnya berbahas di Parlimen.

Mereka menjadikan rakyat sebagai tempat melindungi kegagalan dan kepincangan mereka.

5. Saya kira tanpa permainan politik Umno dan PAS dalam isu ini, pindaan Akta 355 ini telah berjaya dibawa dan dibentang serta telah diluluskan dalam sessi parlimen yang lalu.

Tapi kini PAS telah menggunakan isu ini untuk menghukum sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan cara Pas mengendalikan isu ini.

5. Saya berkeyakinan tidak ada orang Islam yang menolak penambahbaikan dan pemerkasaan terhadap Akta ini, malah ramai orang tidak faham pun apa itu Akta 355. Mereka telah memberi mandat kepada ahli-ahli Parlimen yang dipilih untuk menjalankan tugas ini di parlimen.

Oleh itu PAS lah yang harus dipersalahkan kerana mempolitik dan melambatkan kelulusan pindaan Akta 355 ini.

Datok Dr. Ismail Salleh
Pengerusi AMANAH Kedah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger