Home » , » Bersihkan cara fikir dan cara politik kita !

Bersihkan cara fikir dan cara politik kita !

Written By Wadah Baru on Isnin, 13 Februari 2017 | 11:29 PG

Oleh Mahmud Zaim Musa

Ada beza antara menyokong kebenaran dan taksub kepartian.

Taksub kepartian, kalau partinya salah, tetap dipandang partinya itu betul kerana neracanya adalah partinya, bukan kebenaran. Inilah yang berbahaya.

Sepatutnya, asas kita dalam berfikir, mencambah idea, berpolitik dan bermasyarakat adalah kebenaran dan keadilan. Bila kebenaran dan keadilan yang menjadi neraca kita, maka meskipun kita pernah suatu ketika meyokong idea dan perjuangan parti itu, tetapi sekiranya terbukti ia terlibat dalam kesalahan dan korupsi, maka kita akan katakan itu tetap adalah satu kesalahan dan kita memiliki hak untuk mengkritiknya.

Ia tidak boleh menjadi betul meskipun nama Islam terus-menerus diangkat. Ia tidak akan boleh memadamkan hakikat kesalahan itu meskipun nama Allah terus-menerus diangkat dalam ucapan perhimpunan.

Orang daripada partinya berzina, dikatakan betul.

Orang daripada parti lain dituduh berzina, terus menjadi isu dan diperlihatkan seolah-olah itu adalah kesalahan yang besar.

Bukan begini yang kita mahu. Kita tolak politik kotor begini. Kita mahukan politik yang bersih, matang dan membincangkan idea-idea, bukannya politik kotor yang membincangkan peribadi orang, menjatuhkan orang, memfitnah dan sebagainya.

Akhirnya yang kita mahukan adalah tertegaknya kebenaran. Apakah ertinya jika parti yang korupsi dan zalim terus dibiarkan memerintah sedangkan kebenaran tidak ditegakkan?

Maka, marilah perbaiki hal ini. Cara fikir kita, cara kita mendepani masalah-masalah dan isu dalam politik. Sebelum parti, kebenaran dari Islam itulah yang menjadi neraca dan pertimbangan kita.
Semoga dengan ini, kita dapat keluar dari politik sempit, ‘hanya kerana aku tidak sokong kerajaan, aku adalah pembangkang’ begitu juga sebaliknya, ‘hanya kerana aku mengkritik pembangkang, aku adalah puak kerajaan.’

Bersihkan cara fikir dan cara politik kita !

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger