"Jamal patut meminta ampun daripada Tuanku Sultan kerana sikapnya itu juga menghina Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam negeri Selangor.
"Jika dia gagal membuktikan dirinya mampu menjadi pembangkang yang berkesan di Selangor, setidaknya Jamal harus berusaha menjadi rakyat yang menghormati Sultannya,” ujar Shakir yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini tidak berkenan kenderaan jenazah disalahgunakan dengan disewa untuk membuat demonstrasi.
Teguran Sultan Selangor itu dimaklumkan kepada media oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan.
Baginda juga bertitah mahu kenderaan jenazah digunakan bagi urusan jenazah sahaja.
Tambah Shakir, kemurkaan Sultan itu pastinya mewakili seluruh rakyat Selangor yang jelik dengan aksi politik murahan Jamal dan Umno Selangor apatah lagi Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar turut mempertahankan gimik melampau Jamal.
“Noh Omar juga harus meminta ampun daripada Tuanku Sultan. Amat memalukan bagi seorang Menteri Persekutuan mempertahankan sikap terlampau seorang ahli Umno tanpa memikirkan implikasinya.
“Jelas Umno bukan saja tidak relevan sebagai kerajaan di Selangor malah juga tidak berkeupayaan sebagai pembangkang berkesan,” tegasnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan