Home » , » Mujahid cadang MP Kuala Nerus isytihar harta

Mujahid cadang MP Kuala Nerus isytihar harta

Written By Wadah Baru on Sabtu, 25 Februari 2017 | 10:02 PG

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairudin Aman Razali dicadangkan agar membuat pengisytiharan harta bagi membolehkan rakyat menilai secara telus dan bertanggungjawab ekoran peristiwa kereta Audi Q7.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof dalam satu kenyataannya berkata, bagi mengelak sebarang persepsi dan tanggapan terhadap MP maka sebaik penyelesaian ialah mengisytiharkan harta dan pendapatan supaya segala tuduhan dan tohmahan dapat dinilai secara telus dan bertanggungjawab.

"Nasihat saya kepada MP Kuala Nerus agar segeralah isytiharkan harta saudara supaya tidak memburukkan nama baik ahli parlimen.

"Kepada rakan yang lain tanpa kontroversi pun eloklah dibuat istyhar harta dan pendapatan," kata naib presiden Amanah itu

Mujahid sebelum ini telah mengisytiharkan semua hartanya untuk pengetahuan umum.
Datuk Dr Khairudddin Aman RazaliDatuk Dr Khairudddin Aman RazaliKhairudin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas itu terdedah kepada kecaman awam apabila tindakan beliau menghadiahkan sebuah kereta mewah Audi Q 7 kepada isterinya didedahkan kepada umum.

Pendedahan itu dibuat oleh isterinya sendiri dalam facebook beliau dan kini ditularkan oleh media sosial.

Khairudin ketika mengulas isu itu berkata, "Ini adalah isu kecil. Saya mempunyai hak untuk membeli apa-apa yang saya mahu. Saya juga boleh membeli sebuah lori atau kapal terbang, ia bukan urusan mereka," sebagaimana dilaporkan oleh The Star Online semalam.

Bagi Mujahid, jawapan Khairudin itu telah menambah burukkan lagi pendedahan yang dibuat oleh isterinya itu.

"Lebih buruk, kenyataan dan retorik wakil rakyat akan dinilai dan akan dikritik bukan sahaja pandangannya tetapi juga dibuat perbandingan dengan gaya hidupnya," katanya.

Bagi Mujahid, kenyataan MP Kuala Nerus yang juga Ketua Penerangan Ulamak Pas tidak menjawab persoalan yang dipertikaikan.

Jawapan bahawa beliau mampu dan berhak membeli apa sahaja hanya memburukkan keadaan tetapi tidak menyelesaikan masalah.

Katanya, sebagai wakil rakyat kehidupan peribadi sering diperhatikan dari sudut tingkahlaku dan gaya hidup dan kehidupan berkeluarga.

Sebagai wakil rakyat juga, awam mahu melihat kehidupan yang sederhana dan tidak menyombong dengan kedudukan termasuk tingkahlaku isteri dan anak-anaknya.

Dunia media sosial pula, katanya, mendedahkan kehidupan peribadi wakil rakyat samada secara sedar atau tidak sedar.

"Tiada istilah 'menyembunyikan' kekayaan atau kepura-puraan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger